Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

Air terjun Bekok


Salam semuanya..walaupon aktiviti nie aku wat last week (saturday)..baru skrg ku mau update..baru ade masa..

coz b4 nie duk kemas2 barang nk masuk belajar blk..hahhaa

yes!! last saturday aku n opismate yg lain telah wat trip picnic ke air terjun bekok..mmg syok abis..siap BBQ lg..best jgk sesekali wat aktiviti ini..lgpon diong nk abiskan masa ngn aku yg nk berenti keje..hehhee..

apa-apa pon mmg best DAPAT PI NGN GENG-GENG K-UTECH!!

ALAMAK!! pic lak takde dlm pendrive nie..takpe2 next time aku upload nie..mmg mcm2 pose ktonrg wat..best..

Last Day!!


Salam semuanya...
Alhamdulillah akhirnya smpai jugak harinya...
Hari ini last day aku keje as R.A kat K-Utech Sdn.Bhd.
Hari ni kene pack2 brg2 peribadi aku supaya takde apa yg tinggal kat opis nie..ikutkan rekod aku laa paling lama bertahan dlm projek nie..alhmdulillah..projek ni pon dh nk siap

Sepanjang one n half year aku terlibat dlm projek nie..sgt2 byk pengalaman yg aku dpt...
Dlm tempoh tu jgk..aku tau erti strees keje...tapi strees tu akan terubat bila problem dpt di selesaikan..contohnyer mcm keje2 aku ni byk libatkan development..libatkan coding..mmg strees kalau tak dpt selesaikan..tapi aku cuba..cuba n cuba serta usaha cr penyelesaiannya..kerana AKU YAKIN SETIAP MASALAH TU PASTI ADE JLN PENYELESAIAN..
jadi bila aku dapat jawapan kpd penyelesaian tu..MMG HARI KERJA AKU SGT2 BERSINAR2..bangga jgk sbb dpt selesaiakn masalah...

Mmg dlm tempoh kerja ni byk mengajar aku..

Utk tempoh setahun akan dtg,mgkin aku akn ke bidang pendidikan...
Bidang yg sgt2 aku inginkan..
Cuma aku berharap dlm tempoh setahun pembelajaran di UPSI,semuanya berjln lancar...
kawan-kawan,doakan saya berjaya ya..

Finally,aku secara terbuka memohon maaf kepada kalian semua sekiranya aku ada terkasar bahasa,terlebih bergurau,ter'smallkan heart' kalian semua..
Mohon maaf ..(*dh mcm raya lak :D)


~Sekian~
.:Peace:.

pasti ku merindui...


Emm..entry ni utk aku...
hehe..sebabb tinggal week nie je aku leh merayap-rayap kat BP..sedut aircon free kat Carrefour,SquareOne ,BpMall... leh jln-jln ngn adik2 kalau aku boring2...
Week ni aku kene setelkan semua persiapan utk aku masuk blaja blk..
Setakat nie..half siap..yg tinggal nk beli adalah tunggu gaji aku..ahaks..takde gaji takleh laa nk berbelanja..

But nasib baik ade insan-insan yg ehsan pd ku..huhu..
Setakat nie,medikat check-up setel,pengesahan sijil ODW
Surat resign dah beri pg td...
So seterusnya aku tunggu pengesahan sijil-sijil ku smpai tghari nie...

Before we end..below adalah pic-pic ku ngn adik ku..masa jln2 sedut aircon free kat BPMall..badan panas sbb last saturday mkn durian mayak sgt..:D


.:PeaCe:.

.:Ready to Poco-Poco:.

ALHAMDULILLAH......AKU DAPAT DPLI!!!




alhmdulillah..penantian ku membuahkan hasil..aku berjaya pd temuduga DPLI yg lalu dn ditawarkan belajar di UPSI..misi utama ku adalah untuk menjadi pendidik!!

kegembiraan ku berganda kerana kawan baik ku MAHANIM juga berjaya DPLI. cuma dier di tempatkan di UKM,insyaallah...

terima kasih pada ibu bapa ku,tunang ku,bakal keluarga mertua ku kerana mendoakan untuk ku...syukur sgt2...



Kalau berkalau...


12 tgh arini semuanya akan terjawab.Keputusan TEMUDUGA DPLI AMBILAN JULAI 2009.


tp aku taknk semak keputusan tu..aku mintk ayah yg semak kan..sbb aku tak yakin nk wat semakan sndiri..





kalau laa dapat..


kalau laa dapat,terus aku sujud syukur pd Ilahi...bersyukur sgt2...


terus aku wat surat notis berenti keje..esok serahkan pd bos.


terus aku siapkn keje2 ku yg berbaki,sbb taknak bebankan pd ahli2 team yg tertinggal...








Tapi...





Kalau laa tak dapat,aku teruskan kerja nie...


Kene ingat apa yg Allah dh tentukan utk aku,itulah yg terbaik...


Aku truskan usaha untuk interview PTM SPA pulak pd 23hb nie..kene usaha lg. Nak tau takat mana aku mampu dlm interview tu..sbb kegagalan sebelomnyer mampu membangkitkan semangat aku lagi...


Seterusnya aku redha dengan keputusan yg telah ditentukan...








mood skrg: nervous+muke tak keruan



Really Cute Baby...


Step of poco-poco dance


emm..seteleh mencari..aku rase Video nie agak unik sbb "mat salleh" pon join this class..
Here I upload utk tatapan semua..enjoy it!
Ingat.1 jam wat tarian nie leh terbakar hingga 300 kalori tau!!! waaaaaaaaaaa


Peace!!!

Kelebihan Tarian Poco-poco


emm..td try cari maklumat ape keberkesanan nyer tarian nie..so aku dh jmpe maklumat yg berkaitan...

Marilah sama-sama kita baca ..

Tarian dari Sulawesi Utara digemari semua peringkat masyarakat

POCO-POCO yang kini menjadi kegilaan rakyat di negara ini membuktikan senaman tarian mendapat tempat di hati masyarakat. Tarian yang asalnya tarian tradisi masyarakat Yospan di daerah Papua dan Wayase di daerah Ambun, Indonesia, kini divariasikan menjadi tarian senaman menghiburkan.

Malah, tarian poco-poco atau maksud lainnya adalah tarian beramai-ramai ini menjadi wadah senaman yang dipertandingkan di kebanyakan agensi kerajaan dan swasta. Bukan saja golongan berusia malah murid tahun satu juga sudah ligat menggelek ala poco-poco.

Hakikatnya, nama poco-poco itu diilhamkan seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette, ia bermula apabila beliau menghadiri satu majlis keraian di sebuah daerah berdekatan kampungnya, pada majlis itu beliau melihat seorang gadis gempal menari sejenis tarian dengan bertenaga dan lincah.

Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu terus kekal dinamakan poco-poco sehingga ke hari ini.

Arie juga menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah lagunya yang turut dinamakan poco-poco sejurus beliau berhijrah ke Jakarta pada 1995, lagu poco-poco popular di seluruh Indonesia dan dinyanyikan semula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul.

Pensyarah Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Mustapha Syed Yasin berkata, poco-poco bukan sekadar tarian biasa ia memiliki aura dan kekuatan tersendiri. Tarian yang berasal dari daerah kecil di Ambon di Sulawesi Utara, Indonesia, ini digemari semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia, tambahan pula gerakan tarian ini mudah dipelajari dan menghiburkan.

“Menariknya tarian ini mendapat sambutan menggalakkan malah, pertandingan tarian poco-poco juga diadakan dan menjadi sebahagian pendekatan gaya hidup sihat di agensi kerajaan serta mendapat tempat terutama ketika majlis keraian.

Gerakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, walaupun badan tegak bagaikan tiang lampu, jangan khuatir kerana langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing.

“Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal,” katanya.

Selain zapin, tarian poco-poco juga menjadi alat bantu kecergasan yang popular di kalangan rakyat di negara ini gerakan yang dilakukan mengikut alunan muzik ala reggae yang tidak terlalu rancak dan sentimental bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia terutama Melayu.

“Masyarakat kita masih malu melakukan tarian moden, tambahan pula yang berumur. Disebabkan itu tarian poco-poco, zapin dan joget lebih sesuai dijadikan tarian senaman kerana sifatnya lebih mesra rakyat.

“Justeru, tidak hairanlah tarian poco-poco diminati golongan berumur kerana ia lebih tradisional dan sifatnya ala joget namun lebih bertenaga. Kalau sebut salsa, tango dan balle pastinya makcik dan pakcik di rumah geleng kepala tapi apabila sebut poco-poco saya yakin senyum mereka lebih lebar itulah aura poco-poco,” katanya.

Selain poco-poco Syed Mustapha berkata, tarian perut atau lebih dikenali tarian gelek juga semakin popular di barat terutama Amerika Syarikat. Tarian gelek yang popular di negara Timur Tengah itu, kini menjadi satu perkhidmatan yang di tawarkan di beberapa pusat kecantikan dan gimnasium di Eropah.

“Tarian gelek berkesan dalam membantu menguatkan otot serta mendisiplinkan diri mengatur langkah dengan baik. Tarian ini menjadi asas senaman untuk kardiovaskular serta menjadikan tubuh bersifat mudah lentur,” katanya.

Mereka yang mengamalkan tarian gelek menggunakan banyak gerakan otot dalam badan baik untuk melancarkan pengaliran darah.

“Terdapat beberapa gerakan dalam tarian ini, ia sama ada dilakukan serentak atau berturutan. Langkah gerakan tarian gelek seperti, putaran pinggul, gaya ular, gerakan kepala dan goncangan sekitar abdomen.

“Alunan abdomen adalah asas tarian gelek. Putaran pada pinggul dilakukan secara berulang, tarian ini membantu membentuk pinggang menawan dan pinggul berotot. Malah, pakar percaya tarian gelek berkesan mengurangkan risiko osteoporosis,” katanya.

Beliau berkata, tarian itu baik untuk wanita bagi mengurangkan risiko sakit sendi terutama di bahagian lutut, tulang kering dan kaki. dengan melakukan gerakan gelek berulang-ulang ia meningkatkan pernafasan dan melancarkan degupan jantung.

“Malah, kajian membuktikan dengan melakukan tarian gelek ia mampu membakar, 300 kalori jika dilakukan selama satu jam.

“Selain itu, tarian ini mampu mengurangkan kadar stress kerana kebiasaannya apabila seseorang tertekan otot bahu, kepala, leher akan berasa tidak selesa. Dengan melakukan tarian gelek, regangan pada bahagian tadi diurut perlahan-lahan dan ia menjadi terapi yang baik,” katanya.

FAKTA
Keistimewaan tarian

Aktiviti berkaitan kelenturan otot (flexibility)

Kebolehan menggerakkan sendi dan menggunakan otot pada tahap sepatutnya. Meregangkan otot dikira sebagai flexibility. Tarian jenis ini boleh meningkatkan pengaliran darah.

Apabila tubuh lebih lentur (flexible), anda akan lebih mudah bergerak seperti mengikat tali kasut, mencapai barang di tempat tinggi dan anda memiliki tahap keseimbangan yang lebih baik.

Tarian mampu meregangkan otot. Cuba lakukan regangan 10 ke 12 minit sehari selepas aktiviti memanaskan badan yang ringkas.

Baik untuk kardiovaskular

Dengan mengamalkan tarian yang terpilih tubuh berupaya menggunakan oksigen secara efektif tetapi bergantung pada keadaan jantung, paru-paru dan otot.

Aktiviti kecergasan jenis ini meningkatkan jumlah oksigen yang dihantar ke otot yang mana membenarkan otot bekerja lebih lama. Aktiviti berjalan dalam tarian adalah sebahagian senaman

Mengurangkan risiko diebetes, beberapa jenis barah, serangan jantung, nafas pendek, tekanan darah tinggi, kegemukan, tahap kolestrol, tekanan perasaan.

Aktiviti kecergasan otot

Tarian senaman mampu melatih otot supaya lebih bertenaga dan berguna untuk aktiviti mengangkat barangan berat atau menguatkan otot supaya ia lebih lentur.

Kekuatan otot membuatkan anda berupaya mendukung anak, mengangkat barangan yang dibeli dari kedai tanpa rasa letih. Memiliki otot yang kuat melindungi sendi.

Poco-poco


Salam semuanya...
Alhmdulillah keje ku dh tak brapa nk bertimbun dah skrg..so smlm n arini aku ade masa untuk meng 'update' kan blog kesayangan ku ini.
Cuma task seterusnya adalah tunggu VO untuk di masukkan dlm .swf
So tunguuuuuuuuuuuuuuu ajelah sbb tu luar dr task aku.

Ok untuk pagi ni misi aku nk search kat YouTube,senaman poco-poco.(*curi masa sat..:D)
Sbb aku nk wat excersice tu. Almaklumlaa Drumstick ku dah gebu gaban.. hahhaa
Mmg itu menjadi misi ku skrg...
Bkn sbb nk kurus tp aku nk kurangkan berat badan nie..makan ok aku kawal..tp lemak still jgk nk lekat2 kat drumstick nie.

Ok...nanti bler berjaya ku jmpe VC tu..akan ku update kan di blog ku ini yek..mana tau ade jugak yg berminat kan..

*Sharing is caring*
Peace!!!!

I Believe I Can Fly


This song means a lot to me...
i will listen to it whenever i feel down...



Penantian


Salam semuanya...
minggu ini adalah satu penantian yang menggerunkan bagi ku..
Kerana apa?
Keranaaaaaaaaa..keputusan DPLI akan diwartakan pd 19 Jun 2009 ini.
Sesungguhnya mmg aku berharapkan kejayaan pd temuduga yg lalu.
Cuma jika betol rezeki berpihak pada ku..Alhamdulillah serta aku bersyukur sungguh.
Jika bkn rezeki ku..mgkin akan ade rezeki lain yang menanti ku.*itulah yang selalu dipesan oleh tunang ku
Aku perlu bersedia untuk temuduga PTM pd 23hb nanti. Apa-apa kerja pon perlukan usaha,kerana kejayaan kepada sesuatu kerja itu tidak dtg bergolek.

Chayok..chayok Nurul Adzura!!

SEharian mereka teman kan ku..



Salam...today aku keje sowang kat opis..but the special is..3 org adik ku sudi tmnkan kak long nnyer nie..n sperti biasa my tunang pon tmnkan ku..(uhuk..tp tmnkan kat gtalk je)..n kurang ber taip sbb masing-masing byk kerja.



masing-masing duk tumpang meminjam pc opis.. asalkan diorng tak kaco keje aku udah laa ek.

















adik ku yg ke 3














adik ku amil..the last one..


Petang ku..


br je pas tmnkan my daddy minum kat So Fresh..td berebut-rebut nk bayar..but finally..my daddy mengalah..hehehe... ktorng minum fresh oren + rojak buah je.
my dadday a.k.a En.Razak.

*tgh dpt call dr abg GG sbb b4 tu abg GG send MMS Stadium Sultan Mizan runtuh..



below mms yg ku dapat


Gambar 1 (abaikan org kecewa yg sdg berjln itu)


Gambar 2


smbil-sambil my daddy berckp tu..rojak buah tlh sedikit-sedikit di habiskan oleh ku..hehe :D

...

..

.

okeh..mau balik dah..daaa~


yang ku suka...


Selamat pagi semuanya... pagi ini before memulakan kerja-kerja yg banyak nk cuci mata mempamerkan wajah kanak-kanak yg cute iaitu safi vs irfan anak kpd abg GG n kak shima (saudara ku).

ikutilah kisah mereka ...



izz rafika safi..bakal model kot..huwaha..pantang suh bergambo

Bakal Jejaka macho...irfan


kemesraan terserlah antara mereka.* ayat skema ku

sesi menghusha jam otoman

sesi mengshow off jam otoman baru..adoi hai..budak-budak


budak kecik dan belon + plastik bag