Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

.: Lontong Johor :.




kuah lodeh

emm..menu ni dah lama dah buat tp br skrg teringat nk update. Lontong Johor ni biasanya kat Johor la femes..kalau dlu time keje kat Pt.Raja,Jhr..lg masyuk bila pekena Lontong Darat Pt.Raja..mmg once a week mesti pi sane dgn opismate.Lontong Darat ni lain skit..mcm2 lauk ade(ada rendang paru,ada sotong,ada ayam goreng..emm.mcm2 la.pilih n bayar je) ..mmg sgt2 best..nk rase pi la cr kat Pt.Raja ye..

ok utk menu sy buat ni adalah Lontong Johor bersama Kuah lodeh dan jg sambal kacang. time2 raya mmg benda wajib ni..cuma utk nasi empit tu,time raya buat drpt ketupat (*rindu nk mengayam ketupat..).time raya jgk ibu slalu buat ayam masak kurma' (sbb itu feveret ayah sy)

cuma bg resepi ni,sy buat ayam masak rendang. ok..ni bahan2 utk kuah lodeh dan jg sambal kacang.

bahan nk buat lodeh

kuah lodeh:

sayur: ikut kegemaran. tp kebiasaan ~
-kacang panjang
-kubis
-karot
-sengkuang
-*soohoon
-*tahu kering
*rendam dahulu (5-10 min) sblm masak
-2 ulas bawang merah (tp sy gune bawang besar merah)
-3 ulas bawang putih
-udang kering/ikan bilis (tp udang kering lg sedap)
-halia stgh inci
-santan (kalau nk buat setakat 1 periuk mcm dlm gambar tu..cukup 1 kotak kecik santan segera)
- 1 sudu teh serbuk kunyit (utk jdkan kuah lodeh warna kuning)

Cara:
1. Tumbuk bawang,bawang putih,halia dgn udang
2. bile dh agak2 lumat,panaskan minyak,dan tumis hingga naik bau.
3. bubuh air 1 mangkuk dulu.
4. tunggu agak panas skit,baru masukkan santan
5. bile dh masukkan santan tu,pastikan selalu kacau santan smpai pecah minyak.
6. masukkan sayur.
7.bile dh agak layu,masukkan serbuk kunyit.
8. masukkan bahan2 perisa..garam
9. cuba rase dulu
10.kalau dh agak2 sedap,baru masukkan soo hoon + tahu kering

utk kuah kacang pulak
bahan2:

*10 tangkai cili kering
*1 bawang merak besar
*3 ulas bawang putih
*halia skit
-*lengkuas skit
*serai setangkai
*sedikit belacan
*blander semua bahan di atas(nak mudah,gune lada boh yg dh siap di blander tu,then campur bhn2 yg tertinggal tu .*yg di buat sendiri bukan yg beli kat pasaran )
gula,garam
kacang tumbuk
1 mangkuk air

Cara.

1. bila dh blander semua bahan, tumis dlm periuk. tumis lama skit dan jaga api . pastikan lada benar2 masak.
2. bile dah agak2 masak tu,masukkan gula,garam
3.kacau sebati
4. masukkan air sedikit
5.gaul dan last skali masukkan kacang tumbuk.
6. gaul rata dan cuba rasa..
7.utk kuah kacang ni..sedap bile ade rase pedas+manis2 sikit.

~selamat mencuba -_^

0 comments:

Post a Comment