Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

.: asam pedas ikan pari :.


ok.puan2 dan tuan2..menu masakan ptg ni adalah masakan dr Johor yee..menu asam pedas ikan pari.

Bahan-bahan:
lada boh (yg ni dah siap skali ade bawang merah+bwg putih+kunyit+halia+belacan skit)
lada hitam (yg ni petua dr ibu sy..tumbuk lada hitam skit.br masyuk!!)
asam jawa sejemput
daun kesum/daun limau purut/bunga kantan
gula
garam

Cara-cara
-panaskan minyak dlm periuk
-bila panas minyk,masukkan lada boh+lada hitam tu..tumis agak2 5 minit..smpai cili tu masak..sbb kalau tak masak pijar tekak nanti bila mkn..
-tunggu agak2 dah masak tu,masukkan asam jawa yg di bancuh dgn air..
-then msukkan ikan.(nk gune ikan merah ,ikan kembung pon leh..ikut suke)
-last.masukkan 1sdt garam dan 3 sdt gula..
-oh..lupe plak,masukkan daun kesum@daun limau purut@bunga kantan
-last skali.utk tmbahan,leh masukkan tomato.

~ok.. selamat mencuba


0 comments:

Post a Comment