Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

Apa yang lelaki Mahu?


Nice article from MY ADHA Blog...

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Fahami Makna Cinta


HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta. Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.



Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.





1-Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.




2-Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.




3-Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.




4-Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.




5-‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”




6-‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.




7-‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”




8-‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”




9-‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.




10-‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”




11-Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.




12-Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.




13-Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”




14-Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.




15-Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.




16-Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.




17-‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.




18-‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.




19-‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.


20-Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.





~Love is a precious thing~

aiseh..tetiba rinduuu sama adik2 saya laaa..


emm..suddenly at this time..I miss a lot my sista --Nurul A'in..cian laa hai kat adik aku nie..last sembnag2 ngn dier last week kot..b4 dier present assesment dier..dier bgtau aku yg mata dier tu dh jd ala2 mcm mata pontianak dah..hahhaa..KERANA!! dah bp hari tak tido..siapkan assessment..cian kan..sib baiklaaa time final year aku dlu tak mcm tu..emm..fyi my sista amik degree in Architecture Design..tu yg keje melambak bangat2..duit pon byk gune..tp setakat nie..hasil2 keje dier mmg kreatif2 aku tgk..nk suruh design2 tu takdelah sgt masalah..lain la aku nie..lukis org lidi pon mcm tak bp menjadi..hahhaa..haa..fyi also..all my adik pndai melukis2 nie..yg plg teror my brother yg no 2..amin..amiL lak pengikut setia abgnyer....ude lak...(my 1st brother..)..otak kretif jgk..skrg amik diploma Kujuruteraan Awam kat Poli PD...haa..yg tu kreatif ngn loya buruk dier..hahaha...emm..utk tgk hasil2 kreativiti adik2 ku...mayB next post i'll show u all of their 'art'..hehehe..kenelah aku mengelongkar rak2 buku diorng..hehhee...



my siblings..muuah!! Love them a lots!!

For a mean While ----satisfied


ehhee..setakat nie..aku puas hati ngn pilihan layout aku..pas entah bp puluh kali aku tukar2 layout dlm bebepapa jam nie je...so aku nk tgk..aku nie bertahan smpai bila ngn layout nie...haaaaahaaa..jdnyer tunggu ajelaaa yek..keh..keh

keje aku..


hahhahahaha..inilah hasil keje aku dr msuk keje td smpai skrg...hahaha..'tukar layout blog'..ahaks..Jahat kan..bknnyer nk setelkan koje...emm..tp setakat nie layout nie yg bg aku 'simple but nice'..sbb tu mmg tagline aku..ahaks..janji kemas + cun..sure hubby aku pon suke..smlm lain..arini layout lain..hahaa..ape2 je laa ko zuzu..

hasil ..


seharian nie..dr pg td duk explore mcmne nk cr idea utk projek nie..cr idea utk FLash CS3..Finally smpai saat nie..dpt lak contoh swf. yg leh change color..mmg smart..so kne explore lak otak aku nie...yosh!! Chayok2!!!



seh..takleh nk upload lak example,even dh gne converter..ni je la link nyer

http://www.yofla.com/flash/color-changer/

Muchuk-muchuk ku..;-)


muke muchuk2 saya yg kerinduan..hehe ;-)

gambar di ambil 3 hari lps..

cian laaaaa hai...* termenung je ek....

hahaha


hahaha..takde mende nk update..last week nyer aktiviti pong tak smpat mau update..cuma last week (jumaat) after blk kje..tgk movie ---- Ong Bak 2..best woo..takot pn ade..mengerikan pon ade...b4 movie tu..pi laa karok sat..hahhaa..layankan kak dilla ku..hehe


karaoke dlu b4 tgk movie...heheh.diorng yg byk 'melalak'



after movie...mamam laa..haa bubur belah kanan tu..aku yg punya.. :-D

Memories - Part 3


hehehe..smbg pic smlm...syok tgk pic2 lama nie..lots of memories..






















* all the pictures has their own 'story'..all this pictures make me smile always :-)

Ermmmm...


ape yek nk story for today ?/..br pas siapkan keje.. tp yg pasti
TODAY NOT A BEST DAY FOR ME!!!

Memories - Part 2


ni lak ngan geng2 UMP..last year pi Genting..best!! Hope diorng organize pi Pulau2 lak ..;-)








setia menunggu nak naik 'Dragon coaster'..hahha

leh jadi cover album nie..huhu

ahaks..gambar curi


capture by Mr.azim

smbg esok2 nanti aku upload..sbb tak jmpe lg pic2 ramai2

Memories - Part 1


emm..dh ptg2 nie..rase boring lak bile keje dh setel..so aku ni pon mengataikan tgn..cr CD gambar2 lama..so jmpe laaa nie...beberapa pic kenangan dlm hidup ku..RINDU BANGAT SAMA KALIAN SEMUA deh!!



with yan n nida (klik msa kat UMP)..pas br setelkan assignment 'tamadun Islam'

tmpat 'kajian'


ex-Convent BP ku..raya 2007..bila laa dpt kumpul ramai2 lg ek.makin tahun makin kureng


awek-awek Convent batch 2001..;-)



bf masing2 yg ikut rombongan beraya 2007.*Bf aku tarak

from left : yana,raden,dayah,ila (dh kat paris dh), ina (mother-to-be)

center : Pn.Salbiah (Cikgu Pen.Islam ,kami :-) )

takat nie dlu...nanti aku mau upload blk..sama geng2 UMP lak

Thursday Nite Fever


hahaha..apa ada sama tajuk di atas?/ sbbnyer mmg betol pon aku fever+keracunan makanan masa last thursday..gara2 makan mee goreng mamak pas tgk wayang..adoi hai keadaan masa tgh wat hal tu..mmg sakit yg amat..termuntah2 +.....esok jumaat aku pi klinik dpt MC..

haa..itu cerita after tgk wayang..cerita upin & ipin..KOMEN: SERONOK N TAK MEGECEWAKAN TGK MOVIE TU NGAN opismate ku + adik opismate +housemate opismate ku + adik ku..amil..hehe..mmg gelak sakan laa jgk dlm panggung kami2 smua nie..smbil2 telan pop corn..last2 perot aku 'mabuk'..haha


siap bawak tapau blk pop corn..;-)

bodyguard ku..

muke ala2 nak sakit perot kot time nie..:D

cian kat muchuk sy..sy pi tgk movie siap dier anta MMS..kata boring.hehe

:-)

GilernyeR OT weekend nie!!!!!!


hahahahahhhhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Finally abis gak keje ku....adoi hai..sampai 2 hari berkorban cuti weekend nie..laaa nie..jam nie..still kat opis lg.tggu ketibaan ;;;;....hahaha..apa2 pon esok ku mau minta DR ku cuti umum..hahahha




bersepah 1

bersepah 2

12 February


YahoooOOo!! br dpt setelkan satu tajuk keje nie..so msuk blog sat..ahhaha...sib baik laa kiri kanan makanan tmnkan aku ...hahhaa..



today's view

that day view..

coklat nie my ucuk kasi satu bakul masa merisik that day..


heee :-)


heee ;-)


aritu siap ckp kat dier.."satahun pon tak abis coklat nie"..tp..arini je dh nk abis dah..hehehe thanks ucuk..jmpe nanti belikan selori yek..heheh ..miss you laaa

****yes!! ptg nie mau tgk wayang sama opismate ku n adik ku..huhu

Info for a while ;-)


br abis lunch hour..tu yg bkk fs..tgk bulletin ade lak one article nie best. tentang WANITA
ni laa artickelnyer..

RAHSIA HARI LAHIR WANITA

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm
masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik
dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg
pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari.

Namun cebisan ilmunya
masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk
pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat
wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.


ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,
berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai
teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi
pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku
kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak
berbelah bagi dan sedia berkorban
. Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak
sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar
dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang
lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap
dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia
rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.


RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat
lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai
mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari
dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka
diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja
yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit
tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban
kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai
berasmara.


KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja,
bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada
kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu
sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu
sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan
merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah
apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal
nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga
diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara
yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka
mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak
pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala
tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan
tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang.


p/s: aku highlightkan hari isnin tu..bcoz i'm born on that day ;-)

11 February


Alhmdulillah..abis dh meeting..so aku update la blog sat..hhee..sudden;y my ucuk msg bgtau ade send mail ..kandunagn mail tu..mmg sngguh memberi impak kpd ku serta kalian2 yg membaca..so..here I just copy paste to share the article..hope u enjoy it :-)

Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa² lewat sembahyang.
Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." ""Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Sahabatku,Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah, Sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, Iringlah lenaku dgn kalungan doa..Berjanjilah sahabatku, Ukhwah kita utk selamanya..

Update Picture :-)


perbincangan antara pihak laki-laki dan perempaun (abah kpd my bakal hubby,atok kpd my bakal hubby,ayah ku tercinta)

saat di sarungkan cincin ;-)


alhmdulillah....

memanjatkan kesyukuran..alhmdulillah..

8 februari


alhmdulillah..itu sahaja yg mampu ku ungkapkan.(ahaks.ayat tak tahan..hhee) 8.02.09..so meningfull to me..hehe.aku telah dirisik + ..:-) alhmdulillah...sangat2 gembira+terharu..mcm2 ada.

terharu kerana keluarga bakal hubby ku dtg dr jauh..sungguh gembira krn dpt eratkan lagi hubungan antara keluarga ku dan keluarga bakal hubby ku... kirenyer ni adalah pngalamn manis bagiku..berdepan dgn opah+atok dan parent bakal hubby ku..apa yg boleh ku katakan disini..pengalamn pd hari itu sungguh bermakna bagi ku..terima kasih pd bakal hubby ku..love u so much!!.. later i'll update some happy moment..k..

6 February - Excited


waa...jumaat dah..yes! esok cuti ..yahoooo! weekend nie cuti smpai 3 hari. tak sabar mau tungu weekend nie..sumething will be happen..insyaallah :-)..ya Allah permudahkan lah perjalanan hidup ku..amin....


plan mau wat kek coklat ..later I'll update..hehe


update!! yeah..br pas beli bahan2 nk waa kek coklat heee..tak sabar mau wat.. xD


inila sebahagian bahan-bahan yg baru ku beli.. :-)

5 February - Kerinduan


Suddenly today rase rindu bangat sama cinta hati saya..bila yaa boleh ketemu..mgkin arini masing2 bizi.tu yg rindu kot.takpe-takpe sy tunggu dier..hehehe




Shahir & Adzura =)

* same ke muke ktorng?? time kat U dlu ramai kata mcm adik-beradik.mungkin jodoh kami xD

*comotnyer muke aku..hehe..1st pic kami :)

wah!! ada ayat yg best kwn ku send through chatting..came from Suhazrie.. nie ayat nyer

"Bukan Laut namanya jika airnya tidak berombak.

Bukan CINTA namanya jika perasaan tidak pernah terluka.

Bukan berkasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu."

4 February - Tunaikan Janji ku..


ermm..assalamualaikum..:) morning....
lama tak cerita..tp bkn nk cerita pon cuma..nk share ngn readers ape aktiviti ku mlm td..haa..me n my brothers pi ke carrefour + square One..nie pon atas tuntutan janjiku pd adik ku yg bongsu n adik yg ke -4..dr weekend aritu diorng request bwkkan ke sane...bler aku tnye..nk wat pe? si kecik tu menjwb 'amil nk jln2 je...lama dh tak jln2..'eleh..aku tau sbnrnyer diorng nk cr CD game baru utk PS2 diorng..so mmg terbukti smlm..mmg diorng pi sane pas aku beli brg2 ku kat carrefour..mmg pandai tol tau adik2 aku nie wat helah (madah berhelah gitu..)...hehee..emm..mlm td before 10pm aku kne smpai umah sbb nk tgk drama mertua vs. menantu..(must watch every Wed...)..so sementara tu adik2 ku mencari laa Cd game diorng tu..ape nama new game tu pon..aku tak amik 'port'..hehee...after selesai diorng membeli tu..aku blanja adik2 ku tu 'mengeteh'..hehee..mmg pandai si bongsu tu..siap leh ckp 'haaa.along yg ckp ekk..bkn amil yg nak..along blanja ek'..haha..4sure laa aku yg kne blanja..emm..adik-adik..muuah..Love u laa.hehe..then lg 5 minit b4 10pm..ktorng blk..smpai2 umah je..dah 10.10pm..fuh..smpat laa tgk drama feveret ku itu..hehe..



apa laa yg di cari oleh amiL tu yek.. xD

sementara tunggu diong..nila keje ku..*nk capture pic sndri segan lak.(risau org kata aku bengong kepaa kan..aha)


suke laa tu finally dpt jgk ape yg di idam..:)
amboi..sampai double check ye abg amiN..xD
last but not least..mestila ade pic kak long..hehe
`Daaaa~