Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

mari main masak-masak


walluuu..br je lps main masak-masak kat dapur..ni gara-gara kecuh betol tgk serina ~ pengacara JJCM tu dok makan..adoii..mmg terliur habis. tu yg lps je abis rancangan tu..trus je pi dapur duk main masak-masak..lalu terjadi lah menu nasi tomato + sup ayam + ayam masak merah..

lps ni dah leh dh nk makan..huhu


.: Nasi tomato :.


.: ayam masak merah :.


.: sup ayam :.

63 Petua Kebahagiaan Rumahtangga


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


* semua tip2 yg diberikan kebanyakan nya kami laksanakan dlm hubungan berumahtangga.. yg paling kerap adalah tip ke 40..sentiasa ucapkan kata-kata sayang,kata rindu pd suami tercinta..begitu jgk dr suami ku..begitu jg bagi tip ke 41. bergurau senda antara suami isteri tu penting krn dpt menceriakan lg suasana.utk tips 52 tu..en.suami slalu pesan jgn jauh smpai 3 mlm..tp mmg ade dgr pendapat pakar motivasi,jgn tinggalkan isteri @ suami smpai 3 mlm.

Happy 6 months already


Alhamdulillah..weekend ni dpt berjalan-jalan dgn suami tercinta..dh lama rasenya tak dpt kuar berpoya-poya..hehe..mari bercerita ye..smlm (sabtu 19 Jun 2010) berjalan ke Teluk Batik.bermandi-manda.en.suami sblm sampai ke destinasi sudah plan nak naik banana bot.so,1st thing 1st bila kami smpai adalah set up tmpt berehat dahulu. kami sewa 'kerusi rehat' dulu..pilih port yg redup serta membolehkan mata melihat pd keindahan Teluk Batik.. sesudah itu, en.suami tercinta trus mencari PIC for the banana boat. oh ya..bayaran utk aktiviti tersbt adalah RM5 per-person. 1st time ni naik banana boat. memula tu agak gerun la jgk. sbb di bawa nya kt smpai ke tgh laut.oh ya.jaket keselamatan disediakan.jd wajib pakai.bg kami yg bercermin mata ni.kne tanggalkan cermin mata.mmg menyeronokkan.smpai 3 round jgk la dibawanya. but finally masa last round tu mmg bot buat corner baring,lalu kami pon terjelepuk ke dlm air.fuhyooo!! time tu mmg lah segala air garam terus terjah ke dlm hidup,telinga dan mata..adoi..pedih yg amat. tp mmg sgt2 menyeronokkan!!!


.:bekalan yg di bawa:.


.: port yg menarik :.


.: haa..itulah banana boat :.

lps dh dpt naik banana boat tu.barulah kami duk berendam mandi air laut.mmg puas hati. dlm 2 jam jgk la bermain air dgn suami tercinta. dlm 2.30 br naik ke darat. dan bersiap sedia utk balik.


.: kami saling cinta :.


.: Teluk Batik Best :.

ending cerita bermandi-manda. belah mlm pulak berjln-jln ke bandar Ipoh dan menikmati Burger KIng



.: En.suami yg teringin nk mkn 'Burger King':.

Cerita hari ini (20 Jun 2010)

tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke 6 bulan. yang menarik nya hari ini, en.suami 1st time dukung baby.kejadian tu berlaku di majlis perkahwinan opismate suami ku. sgt2 seronok rupanya pengalaman mendukung baby. sempat jgk kami mendukung baby tu..semoga cpt la melekat rezeki kami dpt anak.amin...


.: yang di rai~ thib dan intan :.


.: mari mkn nasi minyak :.


.: semoga dpt berkat :.

kiriman dari suami ku...



Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tid
ak dapat menahannya lagi…

Jika kau meme
gang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal be
rsamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan k
embali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis denga
n mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lem
ah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangi
mu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

p/s: tapi..hubby tak pernah sekali pun lupakan huney..I love u hubby..miss u so much






:: World Cup Kembali ::



apa yang menarik tentang world cup?? haa..tentulah gila bola kan..tp bg ku, world cup tahun ni, aku nk try update kan diri tentang bola..yelaa duk umah takde wat amende kan..duk layan bola je laa..wlaupon mmg tak arif tentang bola..mcm org kata "kenelah amik tau jgk kan..."

baru je dgr MHI, bincang tentang bola. rata-rata nak tahaun ni England (Group C) or Portugal (Group G) menang World Cup..so aku sebagai pemerhati nk duk tengok je laa..

jd,bagi meng'update' kan diriku tentang world cup selama sebulan ni..nk follow this link...
http://thesoccer-blog.com/2010-fifa-world-cup/win-2010-world-cup/

Nasi AYam madu is ready..!!!



di sediakan oleh sy

seperti yang di plan pg td...nasi ayam madu yg di 'request' oleh suami ku..odw siap..nasi dah siap sudah...ayam je tgh bakar. rasenya nk kene tnye suami sy..tunggu la dier blk nanti..hehee..tak sabar nyer...gambar nanti akan di upload ye..tunggu semua nya siap..untuk nampak lebih menyelerakan,mari layan gambar ini dulu ye..nanti leh la di compare kan dgn menu sy..hehe


ehsan dr google

Mari mengemas.


Mari mengemas.. ini lah kerja ku setiap hari..selepas en.suami pergi kerja..mulalah keje2 ku di rumah..sapu lantai,mop lantai,kemas bilik,kemas dapur,lap almari..then skrg dh takde keje dah..cuma nk tunggu ayam tu lembut sikit je (sbb br kuar dr peti ais,agak beku).. nk merinate ayam..ptg ni plan nak wat menu nasi ayam madu..yeah!!..dah siap2 mengemas ni..teramik lak pulak gambar-gambar di dalam rumah..cuma kamar beradu takleh laa nk ami..heheh secret gitu..

TV yg sentiasa menemani ku

ini la tempat ruang rehat kami

ini pulak ruang 'kerjaya' ku..^_^

haruman

gambo kawen..=)

Percubaan pertama ku..


Salam..

Hari ni..masuk minggu ke 2 menjadi suri rumah tangga kepada en.shahir..^_^
pagi-pagi lagi sy sudah sediakan persiapan utk suami sy..mlm td, hubby dah request..

"huney...esok buatkan hubby nasi goreng kampung boleh? hubby nak bawak bekal" itulah yg di minta oleh suami ku tersayang. alhamdulillah,lepas subuh tu..terus sy sediakan apa permintaan suami ku. dALAM JAM 7.15 dah siap semuanya..siap bubuh dalam tupperware lg.bubuh telor mata kerbau lg..hehe..suke laa suami sy..tersenyum je bile dpt bwk bekal...

dalam jam 7.30pg..suami sy nak pi keje dah..maka tinggal laa sy keseorangan di rumah..sblm suami pi keje mesti nak minta cium..hehee..mengada-ngada kan sy ni..kalau tak minta kiss rase tak sempurna rasenye..^_^

bile dah sorang2 ni mula la bosan..sampai laa dtg idea..ting!ting! terus call suami, 'hubby,huney rase mcm nk buat karipap la'..my hubby jwb 'buat la'. sy menjawab balik 'tp tak bp pandai nak kelepet2 kan tu..hehe'.. then suami jwb, "takpelaa,buat mlm,hubby pandai buat kelepet2 tu"..alamak! terus rase malu pulak dgn suami sy..hehee.. sy pon just ikut arahan je kata ok.

dlm pukul 11 mcmtu,sy dah sediakan inti karipap tu..dlm pkl 12 dah siap dh inti.then trus masukkan dlm fredge..tunggu la suami balik br leh buat sesame..pikir dlm hati..

sampai la ke lps zohor, tido sat. then pkl 3 tu terbgn..trus rase..ape la nk buat...sambil bkk channel 8TV..layan cerita korea 'one mum 3 dads'. padahal dh pnh tgk cerita ni..tp layan kan je.

dlm pada itulah trus sy ke dapur..uli tepung untuk buat kulit karipap..bile dh jd doh..trus rase nk try la siapkan 1 karipap..try punya try..menjadi laa jugak..haaha..walaupon buruk rupe bentuknya..smbil buat karipap tu smbil tgk tv..so leka la kan..dlm 4.30 ptg siap semuanya..then trus pi goreng separuh masak.. so itulah percubaan pertama saya menyiapkan karipap buatan sendiri..selama ni tau melantak je..terutamanya karipap yg di buat oleh ibu sy.

ini lah hasil nya...




kita gembira pabila melihat org lain gembira...


pernah saya terbaca dlm buku..mengatakan cara bagaimana cara nya untuk kita gembira?

salah satu cara yg terdapat dlm buku tersebut menyatakan bahawa..adalah dengan melihat org lain gembira..nescaya kita jugak akan turut sama gembira... maka itulah aktiviti yang sy lakukan sejak pg tadi iaitu selepas en.suami sy pergi mencari rezeki a.k.a kerja...

sy telah ber FB walking..ahaha..bahasa apakan ini??..bila dh merayau-rayau tu,terjumpa laa video yg telah di postkan oleh lecturer sy dahulu..video berkenaan 'baby laughing'..bile sy loading n play that video..trus sy ketawa..dah terus rasa mcm terapi pulak..sbb dpt ketawa..one more tips, salah satu care utk menghilangkan strees @ tekanan dlm diri adalah dengan ketawa(tp jgnlah smpai berlebih-lebihan ye kwn2)..

hal ini kerana,bila kite ketawa maka dengan secara tidak sengaja nya..sistem saraf terutamanya pd muka serta otak terus dirangsang..dan seterusnya membuatkan otot2 pd muka akan bergerak..naaah..kan mudah.dgn ketawa je kt dh dpt merangsang otak kt dan dapat jugak buat senaman muka..one more thing, boleh awet muda jugak...

okeh..just want to share wit others,jom kt tgk video yg sudah di link kan ini ya..
http://www.youtube.com/watch?v=xsaZlMILl_w&feature=player_embedded

rinduuu dia...








rase rinduu pada suami sy..tak sabar ni nak tunggu suami sy balik..kt mamam lontong ye ucuk..huney masak hari ni..nyum.nyum..pokok cili dan pokok kunyit dah tanam..harap2 menjadi laa hasil tanaman huney..heheee...

bile sengsorang ni,rase seronok pulak tgk gambar2 kite berdua...ucuk,huney duk bubuh gambar kite dlm blog huney ek...

gambar menceritakan segala nya




salam sayang yang ku cinta...

emm..famili ku sudah bertolak blk ke Johor.. sungguh seronok bila dpt jmpe dgn keluarga ku..

semalam kami pegi picnic ni sg.chepor...paling excited adalah adik-adik ku...

kemudiannya,pd sebelah mlm nye,kami makan di mee rebus ramli..sekali dgn keluarga mertua ku..

mcm2 yang diceritakan...emm..taktau ape nk bubuh lg...kt tgk2 gambar la ye...






minggu yang menarik


salam sayang wahai 'yang ku cinta'...

minggu yang menarik..

mengapa? haha..kerana bakal menamatkan Latihan Mengajar ku di SMKIS ni..

perasaan tu bercampur-campur...seronok ada..terharu+ sedih pon ade..kerana nk tinggalkan

student-student ku...tapi mcm org lain kata 'setiap pertemuan tu pasti diikuti dengan

perpisahan'..betol tak?

semua tu pengalaman...

haa..tadi cerita menarik yang bakal berlaku kan..ni pulak cerita yang telah berlaku..

weekend ni duk umah je dengan suami tercinta...semalam duk terperok kat umah..

tapi hari ni best ,sbb pagi-pagi lagi dah pi bfast roti canai..(lama bangat tak makan roti canai!!)

lepas tu pi kedai sofa..duk perabihkan bayar sofa..yes!! rabu or khamis ni sofa smpai..yahuu!!!

lagi satu ..mayB family ku dari BP akan dtg cuti wesak ni..yeyeye..dapatlaa ku lepaskan

rinduu..hehee..

ok..utk hari ni pulak..aku duk try2 menedit gambar gune Photoscape..baru2 belajar..tak bp lawa

sangat hasilnya...mayB next time kne refer tutorial..

ok..ni laa hasilnya...


hari ni jom kt tangkap gambar..nak tak??


hai, yang ku cinta!!!


kelas hari ni sungguh seronok....

kerana proseP&P sgt2 bagus...

pelajar-pelajar pon seronok...

ganjaran nya...jom kt bergambar....

hehe..inilah gambar-gambar pelajar-pelajar ku...

tingkatan 1 Jauhari..sungguh excited bile suh bergambar...



Aku Cinta Kamu


yang ku cinta...

Hari ini berlaku satu lagi episod a.k.a kenangan bagi ku..

mengapa? kerana...kerana aku perolehi satu kepuasan apabila bergelar guru kelak.

kerana aku dapat merasai di kala hujung minggu -minggu terakhir bagi Latihan Mengajar

ku ini...bahawasanya jiwa ku sungguh tersentuh dan sayang kan pelajar-pelajar ku..

ku tak berharapkan balasan dari mereka..namun begitu ade di antara mereka yang menyisipkan

kad ucapan kepada ku...mereka menghargai ku..itu yang membuatkan ku terharu...

terima kasih cikgu ucapkan kepada semua anak didik cikgu...belajar lah rajin-rajin...cikgu sayang

kan kamu semua...

Ku Bahagia




Kini Ku Bahagia bersama si dia...

Si dia yang sentiasa ada di sisi ku,menemani ku...

Si dia yang tak henti-henti menasihati ku...menyayangi ku..mencintai ku...

dan aku? aku sentiasa cintakan dia...sayangkan dia...rindukan dia...

Hubby...I Love You forever!!!

menemani ku...


salam semuanya...rasenye agak lama jgk tak ku catatkan ape2 di blog ku ini..almaklumlaa,sibuk as student..mcm2 keje kne pikir..by the way,kne pikir hal kawen jgk..tp syukur sgt2 semua persiapan dah siap..alhmdulillah..tq to my family..

di kesempatan ini, aku ingin menjemput kalian2 semua terutamanya rakan2 UMP-BCS, rakan2 convent ku, rakan2 DPLI utk ke majlis perkahwinan ku yg akan berlangsung pada 20 Disember 2009 (Ahad)...mgkin jemputan ini terlalu awl. aku khuathir jika tak berkesempatan kerana masa ku terhad.

doakan yg terbaik utk ku ye kwn2...

b'bear ku yg slalu tmnkan aku drive dr TM-BP

Daisypath Wedding tickers

Salam Aidilfitri...


alhmdulillah..dah masuk syawal ke 3 dah..
Alhmdulillah jugak..aku dpt beraya bersama keluarga..cuma beza tahun ni,mgkin aku beraya 'single' mgkin next year berdua..hehhee..



aku dan dia
saLaM AidiLFitri