br abis lunch hour..tu yg bkk fs..tgk bulletin ade lak one article nie best. tentang WANITA
ni laa artickelnyer..
RAHSIA HARI LAHIR WANITA
Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm
masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik
dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg
pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari.
Namun cebisan ilmunya
masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk
pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat
wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,
berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai
teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi
pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku
kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak
berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak
sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar
dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang
lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap
dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia
rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat
lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai
mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari
dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka
diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja
yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit
tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban
kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai
berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja,
bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada
kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu
sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu
sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan
merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah
apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal
nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga
diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara
yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka
mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak
pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala
tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan
tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang.
p/s: aku highlightkan hari isnin tu..bcoz i'm born on that day ;-)
0 comments:
Post a Comment