Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

.: Resepi Kuih Muih :.


ting..kat dapur ada tepung beras..byk lagi..tu yg duk search web n jmpe blog ni ..kuih muih yg menggunakan kuih karas.byk2 kuih..kuih karas ni mmg ringkas..nk try buat cdgnya..ptg2 ni kan..mmg syok buat minum ptg.

.: usia 4 minggu :.


Alhamdulilah..berhasil jugak akhirnya...penantian selama 4 minggu br nmpak hasilnya..haaa..agak2 korang ape yg aku nantikan yek?? anak? itu mmg sentiasa pn.isteri & en.suami nanti kan..tp yg ni lain..

haa..ingat lg tak prev entry ade pn.isteri cerita pasal aktiviti menanam pokok cili ??..masa awl2 bulan aritu..alhmdulillah skrg br la nmpak hasil nya..br tumbuh pucuk..best upenya bile main tanam-tanam ni..asal lps subuh je..cpt2 bukak pintu dapur sbb nak tgk ,renung n segala bagai nak curahkan kat pucuk pokok cili tu..hehe..best2..en.suami pon happy...inilah hasilnya..

tp untuk pokok serai tak berhasil pulak..haha..agaknya tanah or tmpat tak sesuai kot..hehe..


.: Bendi goreng berlada :.




ok..resepi ni pulak dr mak mertua ku..en.suami yg teringin nk mkn resepi ni..en.suami yg tlg call kan mak mertua dan terus minta pn.isteri sediakan..ok muchuk.harap2 ape yg diinginkan rasenyer same ye..hehe..ok ni bahan2 dan cara nk sediakan resepi ni

Bahan-bahan:

sayo bendi
*bawang besar seulas
*bawang putih 2 ulas
*sedikit belacan
ikan bilis
asam jawa sedikit (dlm seketul asam jawa dh ok)
lada boh
sedikit garam

cara

1. bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk halus.
2. tumis bahan yg ditumbuh td..bila naik bau,masukkan lada boh.tumis hingga separa garing.
3. masuukan asam jawa dan tmbhkan sedikit air.nk sedap bubuh air dr lesung tu..lg sedap
4.msukkan garam (dlm ujung2 sudu je.jgn lbh sgt sbb ikan bilis n belacan tu dh masin)
5.msukkan bendi.tunggu agak2 dh separa kering..sedia utk dihidangkan...
6. siap -_^

~selamat mencuba~

.: Rendang Ayam Bodo :.




menu ptg ni adalah rendang ayam. resepi dr ibu ku tersayang.ibu ku menggelarkan 'rendang ayam bodo'~ maksudnya rendang ayam simple2 je.mudah.tak gune kerisik

Bahan-Bahan:

5 ketul ayam (peha,kepak dsb ~ ikut kesukaan)
*1 ulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 cm halia
*1 cm kunyit hidup
*sedikt lengkuas
*sebatang serai
*sedikit jintan
*2/3 sudu ketumbar
*10 tangkai lada kering (kalau dh ada lada boh siap tu,gune je)
serbuk kari daging (2 sudu)
daun kunyit (dihiris halus)
1 cwn santan (santan segera)
garam,gula

Cara:
1.semua bahan yg (*) hendaklah di blander dulu.
2.bila siap,tumiskan dlm kuali smpai naik bau.
3.masukkan skali lada boh if yg dh ada dan serbuk kari (yg ni sy suke2 tmbh..sbb nk kasi pedas skit)
4.masukkan ayam dan santan.
5. masuukan 1 sdt garam dan 3 sdt gula.
6.pastikan api tidak terlalu kuat.gune api yg sederhana dan biarkan sehinnga kering
7. bila dh 3/4 kering,masukkan hirisan daun kunyit. kalau takde gune daun limau purut pon boleh.
8.Gaul rata,dah siap dan hidangkan.

p/s: utk resepi di atas ni,sy tak gune kerisik krn ni adalah rendang ayam yg simple.kerisik tu utk memekatkan rendang je..

tips: utk ayam tu kalau nk tahan lama,goreng dulu.tp sy tak goreng sbb skali mkn trus abiskan lauk..hehe.takde nk simpan2

bila dah siap sgt sesuai dihidangkan dgn nasi putih panas..nyum.nyum.

3 Jam bermandi-manda



fuh !! sungguh seronok hari ni..bgn subuh 6.30..prepare bee hoon goreng.and en.suami mmg dh plan nk mandi di sg.chepor..dlm jam 8 br gerak.sbb en.suami lena berbaki lg,tu yg lmbat gerak..hahha..so pn.isteri la yg duk tertonggeng2 kat dapur siapkan bekalan.

ok..perjalanan hnya mengambil masa dlm 30 minit.so dlm 8.30 pg dh smpi ke sg.chepor..fuh..cuaca sungguh aman dan nyaman.mcm biasa kami mmg dh booked pondok no.30. smpai je..as pn.isteri kenelah setting tempat..sediakan bekalan,hidangkan..manakala en.suami duk mencari joran kayu dier dlu..haha..sib baik ade lg.

ok..bila dh ready semua tu..bgtau suami yg semua dh ready n ktorng pon bfast laaa dulu..mmg syok sgt2..nyaman bangat!!!..selesai je mkn,en.suami ajak mandi la..pn.isteri ikut je...

Mak aiiii!!! sejuk yg amat2 air sungai ni..menggigil bagai..takde org ramai lg yg dtg. sikit demi sedikit meneggelamkan bdn..akhirnya..dah basah dan kesejukan..apa lg..duk buat kuak lentang..buat tenggelam timbul,pastu duk lumba lawan arus..ni kalau org lain tgk sure pikir apa kehal la laki bini ni buat..mmg mcm kanak2 ribena ktorg ni..haha..ikut suke aku la ook.dah HALAL.

dr pkl 9.30 smpai ke 12.30 duk main air..mmg seronok n puas hati..best!!! skrg ni pulak bdn sengal2 sbb byk sgt langgar batu..haha





try using Picasa


Posted by Picasa

Perlu.Must.


br je tgk-tgk blk gambar2 lama dlm blog ku ini..dulu nmpak kecik je muke..skrg ni?? alamak.dh kembang dh muka ni..kene kurus..kene kurus..siapa2 leh tolong? kasi tips?

alamak.


pagi td bgn 6.10 pg.trus mandi dan solat..lps solat siapkan bfast utk suami ku. tp sempat buat jemput-jemput ikan bilis je dgn milo panas.dh kelam kabut tu..skali bancuh jemput-jemput2 tu terlebih air pulak..haha..jdnyer,cair la skit jemput2 tu. dlm pkl 7.15 mcm tu dah ready utk mkn..cecah dgn asam pedas yg dh di panaskan (hehe...lauk smlm). ajak suami mkn.alhmdulillah suami ku trus je mkn..tp dier tak bp sgt nk cecah dgn kuah asam pedas tu.dier amik sos cili tmbh dgn lada sulah..*agaknye tak masyuk kat tekak dier kot...nyum..nyum..nyum..smbil sembang2..skali trus abis apa yg ku sediakan tu..hehe wlupon jemput2 tercair..habis jgk upenyer ..takdelah membazir...alhmdulillah

ok..tghari ni plan nk buat mee hoon sup utara..ayam dah dikeluarkan dah..tghari nanti la br update ek..


mulakan hari kita dgn senyuman..yeah..!!!

.: Durian :.


sangat teringin nak makan durian..
-

-


-

-

-


-

-


-


-

-



source : google

mari main masak-masak


walluuu..br je lps main masak-masak kat dapur..ni gara-gara kecuh betol tgk serina ~ pengacara JJCM tu dok makan..adoii..mmg terliur habis. tu yg lps je abis rancangan tu..trus je pi dapur duk main masak-masak..lalu terjadi lah menu nasi tomato + sup ayam + ayam masak merah..

lps ni dah leh dh nk makan..huhu


.: Nasi tomato :.


.: ayam masak merah :.


.: sup ayam :.

63 Petua Kebahagiaan Rumahtangga


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


* semua tip2 yg diberikan kebanyakan nya kami laksanakan dlm hubungan berumahtangga.. yg paling kerap adalah tip ke 40..sentiasa ucapkan kata-kata sayang,kata rindu pd suami tercinta..begitu jgk dr suami ku..begitu jg bagi tip ke 41. bergurau senda antara suami isteri tu penting krn dpt menceriakan lg suasana.utk tips 52 tu..en.suami slalu pesan jgn jauh smpai 3 mlm..tp mmg ade dgr pendapat pakar motivasi,jgn tinggalkan isteri @ suami smpai 3 mlm.

Happy 6 months already


Alhamdulillah..weekend ni dpt berjalan-jalan dgn suami tercinta..dh lama rasenya tak dpt kuar berpoya-poya..hehe..mari bercerita ye..smlm (sabtu 19 Jun 2010) berjalan ke Teluk Batik.bermandi-manda.en.suami sblm sampai ke destinasi sudah plan nak naik banana bot.so,1st thing 1st bila kami smpai adalah set up tmpt berehat dahulu. kami sewa 'kerusi rehat' dulu..pilih port yg redup serta membolehkan mata melihat pd keindahan Teluk Batik.. sesudah itu, en.suami tercinta trus mencari PIC for the banana boat. oh ya..bayaran utk aktiviti tersbt adalah RM5 per-person. 1st time ni naik banana boat. memula tu agak gerun la jgk. sbb di bawa nya kt smpai ke tgh laut.oh ya.jaket keselamatan disediakan.jd wajib pakai.bg kami yg bercermin mata ni.kne tanggalkan cermin mata.mmg menyeronokkan.smpai 3 round jgk la dibawanya. but finally masa last round tu mmg bot buat corner baring,lalu kami pon terjelepuk ke dlm air.fuhyooo!! time tu mmg lah segala air garam terus terjah ke dlm hidup,telinga dan mata..adoi..pedih yg amat. tp mmg sgt2 menyeronokkan!!!


.:bekalan yg di bawa:.


.: port yg menarik :.


.: haa..itulah banana boat :.

lps dh dpt naik banana boat tu.barulah kami duk berendam mandi air laut.mmg puas hati. dlm 2 jam jgk la bermain air dgn suami tercinta. dlm 2.30 br naik ke darat. dan bersiap sedia utk balik.


.: kami saling cinta :.


.: Teluk Batik Best :.

ending cerita bermandi-manda. belah mlm pulak berjln-jln ke bandar Ipoh dan menikmati Burger KIng



.: En.suami yg teringin nk mkn 'Burger King':.

Cerita hari ini (20 Jun 2010)

tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke 6 bulan. yang menarik nya hari ini, en.suami 1st time dukung baby.kejadian tu berlaku di majlis perkahwinan opismate suami ku. sgt2 seronok rupanya pengalaman mendukung baby. sempat jgk kami mendukung baby tu..semoga cpt la melekat rezeki kami dpt anak.amin...


.: yang di rai~ thib dan intan :.


.: mari mkn nasi minyak :.


.: semoga dpt berkat :.

kiriman dari suami ku...



Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tid
ak dapat menahannya lagi…

Jika kau meme
gang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal be
rsamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan k
embali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis denga
n mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lem
ah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangi
mu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

p/s: tapi..hubby tak pernah sekali pun lupakan huney..I love u hubby..miss u so much






:: World Cup Kembali ::



apa yang menarik tentang world cup?? haa..tentulah gila bola kan..tp bg ku, world cup tahun ni, aku nk try update kan diri tentang bola..yelaa duk umah takde wat amende kan..duk layan bola je laa..wlaupon mmg tak arif tentang bola..mcm org kata "kenelah amik tau jgk kan..."

baru je dgr MHI, bincang tentang bola. rata-rata nak tahaun ni England (Group C) or Portugal (Group G) menang World Cup..so aku sebagai pemerhati nk duk tengok je laa..

jd,bagi meng'update' kan diriku tentang world cup selama sebulan ni..nk follow this link...
http://thesoccer-blog.com/2010-fifa-world-cup/win-2010-world-cup/

Nasi AYam madu is ready..!!!



di sediakan oleh sy

seperti yang di plan pg td...nasi ayam madu yg di 'request' oleh suami ku..odw siap..nasi dah siap sudah...ayam je tgh bakar. rasenya nk kene tnye suami sy..tunggu la dier blk nanti..hehee..tak sabar nyer...gambar nanti akan di upload ye..tunggu semua nya siap..untuk nampak lebih menyelerakan,mari layan gambar ini dulu ye..nanti leh la di compare kan dgn menu sy..hehe


ehsan dr google

Mari mengemas.


Mari mengemas.. ini lah kerja ku setiap hari..selepas en.suami pergi kerja..mulalah keje2 ku di rumah..sapu lantai,mop lantai,kemas bilik,kemas dapur,lap almari..then skrg dh takde keje dah..cuma nk tunggu ayam tu lembut sikit je (sbb br kuar dr peti ais,agak beku).. nk merinate ayam..ptg ni plan nak wat menu nasi ayam madu..yeah!!..dah siap2 mengemas ni..teramik lak pulak gambar-gambar di dalam rumah..cuma kamar beradu takleh laa nk ami..heheh secret gitu..

TV yg sentiasa menemani ku

ini la tempat ruang rehat kami

ini pulak ruang 'kerjaya' ku..^_^

haruman

gambo kawen..=)

Percubaan pertama ku..


Salam..

Hari ni..masuk minggu ke 2 menjadi suri rumah tangga kepada en.shahir..^_^
pagi-pagi lagi sy sudah sediakan persiapan utk suami sy..mlm td, hubby dah request..

"huney...esok buatkan hubby nasi goreng kampung boleh? hubby nak bawak bekal" itulah yg di minta oleh suami ku tersayang. alhamdulillah,lepas subuh tu..terus sy sediakan apa permintaan suami ku. dALAM JAM 7.15 dah siap semuanya..siap bubuh dalam tupperware lg.bubuh telor mata kerbau lg..hehe..suke laa suami sy..tersenyum je bile dpt bwk bekal...

dalam jam 7.30pg..suami sy nak pi keje dah..maka tinggal laa sy keseorangan di rumah..sblm suami pi keje mesti nak minta cium..hehee..mengada-ngada kan sy ni..kalau tak minta kiss rase tak sempurna rasenye..^_^

bile dah sorang2 ni mula la bosan..sampai laa dtg idea..ting!ting! terus call suami, 'hubby,huney rase mcm nk buat karipap la'..my hubby jwb 'buat la'. sy menjawab balik 'tp tak bp pandai nak kelepet2 kan tu..hehe'.. then suami jwb, "takpelaa,buat mlm,hubby pandai buat kelepet2 tu"..alamak! terus rase malu pulak dgn suami sy..hehee.. sy pon just ikut arahan je kata ok.

dlm pukul 11 mcmtu,sy dah sediakan inti karipap tu..dlm pkl 12 dah siap dh inti.then trus masukkan dlm fredge..tunggu la suami balik br leh buat sesame..pikir dlm hati..

sampai la ke lps zohor, tido sat. then pkl 3 tu terbgn..trus rase..ape la nk buat...sambil bkk channel 8TV..layan cerita korea 'one mum 3 dads'. padahal dh pnh tgk cerita ni..tp layan kan je.

dlm pada itulah trus sy ke dapur..uli tepung untuk buat kulit karipap..bile dh jd doh..trus rase nk try la siapkan 1 karipap..try punya try..menjadi laa jugak..haaha..walaupon buruk rupe bentuknya..smbil buat karipap tu smbil tgk tv..so leka la kan..dlm 4.30 ptg siap semuanya..then trus pi goreng separuh masak.. so itulah percubaan pertama saya menyiapkan karipap buatan sendiri..selama ni tau melantak je..terutamanya karipap yg di buat oleh ibu sy.

ini lah hasil nya...




kita gembira pabila melihat org lain gembira...


pernah saya terbaca dlm buku..mengatakan cara bagaimana cara nya untuk kita gembira?

salah satu cara yg terdapat dlm buku tersebut menyatakan bahawa..adalah dengan melihat org lain gembira..nescaya kita jugak akan turut sama gembira... maka itulah aktiviti yang sy lakukan sejak pg tadi iaitu selepas en.suami sy pergi mencari rezeki a.k.a kerja...

sy telah ber FB walking..ahaha..bahasa apakan ini??..bila dh merayau-rayau tu,terjumpa laa video yg telah di postkan oleh lecturer sy dahulu..video berkenaan 'baby laughing'..bile sy loading n play that video..trus sy ketawa..dah terus rasa mcm terapi pulak..sbb dpt ketawa..one more tips, salah satu care utk menghilangkan strees @ tekanan dlm diri adalah dengan ketawa(tp jgnlah smpai berlebih-lebihan ye kwn2)..

hal ini kerana,bila kite ketawa maka dengan secara tidak sengaja nya..sistem saraf terutamanya pd muka serta otak terus dirangsang..dan seterusnya membuatkan otot2 pd muka akan bergerak..naaah..kan mudah.dgn ketawa je kt dh dpt merangsang otak kt dan dapat jugak buat senaman muka..one more thing, boleh awet muda jugak...

okeh..just want to share wit others,jom kt tgk video yg sudah di link kan ini ya..
http://www.youtube.com/watch?v=xsaZlMILl_w&feature=player_embedded

rinduuu dia...








rase rinduu pada suami sy..tak sabar ni nak tunggu suami sy balik..kt mamam lontong ye ucuk..huney masak hari ni..nyum.nyum..pokok cili dan pokok kunyit dah tanam..harap2 menjadi laa hasil tanaman huney..heheee...

bile sengsorang ni,rase seronok pulak tgk gambar2 kite berdua...ucuk,huney duk bubuh gambar kite dlm blog huney ek...