Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

.: Rendang Ayam Bodo :.




menu ptg ni adalah rendang ayam. resepi dr ibu ku tersayang.ibu ku menggelarkan 'rendang ayam bodo'~ maksudnya rendang ayam simple2 je.mudah.tak gune kerisik

Bahan-Bahan:

5 ketul ayam (peha,kepak dsb ~ ikut kesukaan)
*1 ulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 cm halia
*1 cm kunyit hidup
*sedikt lengkuas
*sebatang serai
*sedikit jintan
*2/3 sudu ketumbar
*10 tangkai lada kering (kalau dh ada lada boh siap tu,gune je)
serbuk kari daging (2 sudu)
daun kunyit (dihiris halus)
1 cwn santan (santan segera)
garam,gula

Cara:
1.semua bahan yg (*) hendaklah di blander dulu.
2.bila siap,tumiskan dlm kuali smpai naik bau.
3.masukkan skali lada boh if yg dh ada dan serbuk kari (yg ni sy suke2 tmbh..sbb nk kasi pedas skit)
4.masukkan ayam dan santan.
5. masuukan 1 sdt garam dan 3 sdt gula.
6.pastikan api tidak terlalu kuat.gune api yg sederhana dan biarkan sehinnga kering
7. bila dh 3/4 kering,masukkan hirisan daun kunyit. kalau takde gune daun limau purut pon boleh.
8.Gaul rata,dah siap dan hidangkan.

p/s: utk resepi di atas ni,sy tak gune kerisik krn ni adalah rendang ayam yg simple.kerisik tu utk memekatkan rendang je..

tips: utk ayam tu kalau nk tahan lama,goreng dulu.tp sy tak goreng sbb skali mkn trus abiskan lauk..hehe.takde nk simpan2

bila dah siap sgt sesuai dihidangkan dgn nasi putih panas..nyum.nyum.

0 comments:

Post a Comment