Ceritera ku

Awan Nano

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua

Kelebihan Buah Kurma bagi Ibu hamil


di petik dr http://tayibah.com/eIslam/kurma.htm

KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.

KHASIAT KURMA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Kandungan Kurma Kering %
Gula Lebih 50
Protein Lebih 2
Lemak Lebih 2
Sumber Mineral Lebih 2

Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma Mencegah Serangan Stroke

• Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.

Cukup Lima Butir Sehari..!


* Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih
tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau
setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan
darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami
perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang
biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.

Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer


* Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat.
orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.

Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.

Komposisi Gizi

* Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.

Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.

sakitnya..


aduh..dah msuk bln ke 5 preggy ni..dah mula dah sakit2 belakang...br duduk tak smpi stgh jam..sakit2 belakang belah kanan dah menyerang..kalau naik kete lg laa seksa..lg kalau jln jauh..aduh hai..mmg sengal satu bdn skrg ni..tp takpe..ibu snggup berkorban demi anak nyer..yg pasti ank ibu yg dlm tummy ibu ni sehat dan kuat ek..yeah!!

anak ibu dah mula pandai tendang-tendang yee..


alhmdulillah..skrg dah msuk week 19 pn.isteri pregnant. pengalaman? sgt seronok.anak ibu ayah skrg dah pndai gerak2..ibu dpt rasa dah...mlm ni ibu ayah dendangkan bacaan al-quran ye..beri anak ibu ayah dgr suara kami berdua..

ibu kne jaga mkn skrg..td ibu pi check-up berat terlebih pulak..so next 4 weeks berat ibu nurse gtau boleh cecah smpai 1.4kg je..takleh lebih2..ibu kne mkn byk sayur-sayuran,buah-buahan...then ibu kne paksa diri jgk minum susu..itu yg kne tegur dgn nurse td..sbb ibu susah nk minum susu..ayah pon slalu tegur ibu..hehe..anak ibu jgn degil mcm ibu ye...

anak ibu kt 'dlm' ni duk baik2 neh..ibu akan beri kamu zat secukupnya..sbb ibu ayah nk kamu sehat.muuah!! ibu sayang kamu!

.: Packing barang nk balik kg :.


br je selesai kemas baju2 .. mlm ni gerak blk kg en.suami dlu..tahun ni beraya di Perak dlu..ry ke 2 nanti br gerak blk BP,johor..aduih,..tahun ni tak merasa la ketupat,rendang,lodeh + ayam masak kurma ibu masak...kalau tak pn.isteri la duk ulang alik dapur...huhu..

tp takpelah.tahun ni bertukar angin pulak..org belah utara jamu ape lak masa pg raya..emm..tak sabar jgk ni..hehe

di kesempatan ini,nk ucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin..

SELAMAT HARI RAYA..:)

.: Nasi lemak gune susu sejat..leh ke? :.


iye..itulah yg bermain dlm pikiran pn.isteri ni..siap google cr ade ke wat ns lemak gune susu sejat..yelah nk jdkan cerita sbbnyer nk buat juadah berbuka utk ptg ni..santan takdo..last2 pn.isteri gne jgk method nasi lemak gune susu sejat..haha..rase nyer taktau la..rupa bentuk pon mcm dah lain..bkn warna putih mcm biase ye...jd warne ala2 kuning sbb ikut warna susu sejat tu...

gambar2 nanti akn diupload..cuma nk tnye blogger2 yg lain..pernah ke korang2 wat nasi lemak gune susu sejat ek???

.: Kurniaan Ilahi :.


alhamdulillah..setelah pn.isteri & en.suami menunggu kehadiran cahaya mata. akhirnya Allah kurniakan 'hadiah' kpd kami berdua. sekarang, usia kandungan pn.isteri sekitar 12 weeks. kami sgt gembira menantikan kehadiran cahaya mata sulung kami ini.

31 ogos - dah scan baby kami. keadaan jantung baby sehat dan normal.
utk ibu - doctor mintak jg diri elok2..
utk ibu jgk..akn cb minum susu lg..hehe..wlaupon loya ttp ado..hahaa

jom kt tgk result scan ek...



.: Juadah berbuka semalam :.


juadah berbuka smlm kami suami isteri sgt2 bermakna..sbbnyer 1 mkanan pon tak beli dr bazar. semua nyer 'air tangan' pn. isteri dan en.suami.

pn.isteri sediakan soto dan puding kastard.manakala en.suami sediakan air buah-buahan blanded..nila hasilnya...hehee


soto dan lain2 juadah


puding kastard bersama nata d'coco


ice blanded special dr en.suami..i likee!!


.: Sesuci Lebaran :.


sedang mendengar koleksi lagu-lagu raya...amik feel nk buat kuih raya next week bersama en.suami..rinduuu bangat pd en.suami..

p/s: hubby jaga diri baik2 ek..esok huney blk

Arini plan nak buat Laksa Johor, semalam En.Suami beli ikan kembong purposely utk wat laksa, mmg hantu laksa dier ni...

Pastu di beli nye plak udang ngn ayam lagi, adehh dah la weekend ni tido umah mak..mmg tak boleh nak habis kan lauk2 mentah tu dlm week ni, so maknanya kena la bawak ke umah mak wat lauk tambahan...

Ni esok En.Suami nak wat Ayam panggang, dia sendiri nak gaulkan rempah dan peram malam ni, so esok Pn.Isteri just masukkan dalam oven, sejak perot memboyot ni...nak tumis2 pun agak loya, pandai En.Suami bagi idea utk kurangkan Pn.Isteri memasak..

nukilan~
En.Suami

ahahaha

.: New :.


sgt nak muntah dgn blog sendiri bila tgk bcground warna oren..dlu ok je..skrg pulak rase tak best..jd pn.isteri ni pun duk tkar la layout..byk pd nature..nilah hasilnya..wlaupon skrg mmg ade rase nak muntah je..agaknyer ni gara2 mkn murtabak byk bawang pg td kot..penin dah pale ni

.: kuih keria labu :.


resepi yg saje2 pn.isteri cuba..biasanya kuih keria ni org gune keledek kan..tp oleh krn,labu ade berbaki.maka pn.isteri sj mencuba nyer dgn labu..alhmdulillah rasenyer lbh kurang jgk..sedap..kenyang la jgk buat bfast pg ni..hehe..ni resepi nya

Bahan :

labu
tepung gandum,
gula
minysk masak utk menggoreng

Cara:
labu hendaklah di rebus sehingga lembut
kemudian,bila dah lembut,lenyekkan labu tersebut dan campurkan dgn tepung gandum sehingga boleh di uli.
buat lubang di tgh2 kuih keria tersebut.
bila dah siap,goreng dan toskan

kemudian,panaskan gula utk buat sira utk kuih keria tersebut..
bila dah likat gula tu,gaulkan bersama keria yg sudah digoreng
siap dan sejukkan..sedia utk di makan.

~selamat mencuba !




Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali pada tiga perkara: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"

.: eh sudah 7 bulan rupanya :.


tak perasan pulak..hari ni genap 7 bulan pn.isteri bersama suami tercinta... makin dalam cinta pn.isteri kpd en.suami...

selamat menyambut ulang bulan perkahwinan yg ke 7 suami ku... -_^


huney sayang hubby sgt2...terima kasih ...



adik - beradik ku...


adik - beradik ku...: "Album 04-18-2008 (8:31:32)"

gambar lama..tahun 2008


adik0adik ku: "majlis kawen sedara ku"

.: wall deco :.


akhirnya..berjaya jugak hasrat pn.isteri inginkan dinding yg kosong kat umah ni berhias..sejurus je en.suami pi kerja..trus je ni selesaikan misi..maka inilah hasil nya...


wall deco : RM2.50 ..beli di pasar malam..^_^

ok..sy dah boleh mandi..haha

.: Western Food :.


on weekend jgk..tema mkn2 that day adalah western food (utk dinner)..tp yg home made.hehe..
after tgk movie trus trn pi beli brg2 utk buat 'toasted twister' tp taktau la ala2 twister ke tak..janji rasenyer sodap..utk pn.isteri,en.suami yg sediakan..terima kasih buah hati ku sayang..<3 muuah!! bile dah siap beli brg2 tu tak blk trus..kami ke tesco pulak..cr brg yg takde kat JJ..& ktorng pi mkn lunch dlu..utk lunch mmg kne mkn nasi..time tu mmg dah lapo bebeno dah pn.isteri ni..hehehe..bile dpt nasi amik lauk ayam rendag+telur asin+sayur kerabu..fuh mmg sodap..br lah dengan sng hati leh smbung cari brg2 kan..haha.. maka teruskan perjalanan ke tesco... tapi bila kat tesco tu..nampak pulak kerusi urut..hehe.terus pulak rase sengal2 bdn ni..maka nya,pn.isteri duk ber urut jap gne mesin..hehe


RM1 utk 3 minit..lega la jugak

then teruskan pencarian.. around 4pm nk blk umah dah..rehat2 dan nk dinner en.suami & pn.isteri duk sibuk sediakan persiapan..makan inilah hasilnya...


dinner sabtu


lunch sunday : lamb grill dan spagetti daging

p/s : sgt suke weekend krn dapat spent time byk2 dgn en.suami tercinta..miss u..




.: Terapi :.




sungguh seronok bila en.suami & pn.isteri dpt kuar ber'dating'. en.suami mmg suke buat kejutan... memulanya.,hari khamis en.suami ade bgtau mcm nk tgk wayang n plan nk booking ticket.tp bile en.suami call blk pn.isteri,en.suami bgtau yg harga tiket RM18 satu utk tgk cerita 'Despicable Me'. trus pikir..Mahal nye..takkan la sbb nak booking je harga tiket sampai mcm tu kan...so dlm pikiran pn.isteri,mgkin tak jd nak booking

tetapi...

on that day (sabtu) rupanya en.suami booking jgk tiket cerita tu..harganya mcmtu sbb in 3D..so 1st experience la tgk moviw en 3D...mmg best cerita ni..satu panggung gelak..pn.isteri ni gelak rase mcm blander dlm perut ni..haha..besT!!!

JOM kt tgk trailer movie ni ek...komen en.suami & pn.isteri..cerita ni sgt best dan menghiburkan..di samping tu menyentuh naluri kebapaan..hehe..kata en.suami..betul3


.: PadaMu KU Bersujud:.


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


ost Janji Kekasih



.: Adik saya masuk BH :.


hehe..br dpt call dr ibu.bgtau yg muke adik bongsu ku masuk surat khabar..oleh krn kat umah takde surat khabar.jd aku search la arkib kat BH..sib baik jmpe..hehe..berita nya smlm..yg ni la gmbr adik sy yg ditemu ramah..dier yg paling kecil..hehe..adik..dptkan 5A tau..chayok!!

.: Makan byk sayur baik utk kesihatan :.


menu harini adalah ayam masak black papper dan juga sayo campur yg berwarna warni..sayur- sayuran sgt baik utk kesihatan ..pesan en.suami sy...kurma pon dier suh amalkan mkn 3 biji stp hari. jom la kt layan gmbar ape yg sy masak hari ni ye...



sayur campur yg berwarna warni


ayam masak black papper

p/s: en.suami cpt la smpai umah..dah lapar ni.hehe

.: Weekend d'best :.


jom kt layan gambar2 yek..malas nk dok bercerita...


with family..makan2..shopping2..berkaraoke..


Festival bunga di Putrajaya






.: Esok balik Johor :.


yahuuuu!!! esok dpt blk BP,Jhr..rinduuu deh pd kg halaman ku..wlaupon bkn kat kg..hahaha..tp dah merantau ni..kire assume as blk Kampung jgk la kan...huhu..sungguh seronok ni..brg2 pon dah packing...alhmdulillah...plan nye esok gerak dlm jam 5pg..fuh giler awl kan..yelahh..nanti dpt smpai awl..n ktorng pon plan takmau la gopoh2..mgkin byk pit stop jgk kot..doakan perjalanan kami ye...



BPMall..nak jln2 kat cni bile kat BP nanti..dah lama tak melawat tapak ni..hehe

p/s: masa anak dara dulu,selalu jgk la berjln2 dgn adik2 ku ke cni..selalu jgk belanja2 mkn kat MK..mmg tmpt best..

.: Ikan malong lemak cili padi dan sup kobis :.


inilah menu ptg ni..1st time masak ikan malong ni..en.suami beli semlm ptg.dr pg td duk search menu ape yg sesuai..tp kat internet semua nya menu asam pedas ikan malong..tp tekak ni mcm tak nk terima pulak lauk asam pedas..tu yg try je buat menu ikan malong lemak cili padi. utk sayur,sy buat sup. inilah menu yg kami~ en.suami & pn.isteri jamu ptg ni...


.: sup kubis :.


.: ikan malong lemak cili padi:.

.: Cari duit sampingan :.


al kisah nyer..oleh krn posting tak lg..jd sy ni buat la duit sampingan..bagaimana? dgn edit gmbr pengantin. ni pon di minta oleh adikku..dr smlm duk mengedit..smpai berpinar jgk la mata ni..duk edit smbil baca tutorial..masih amatur lg oook..huhu..budak br belajar..jg dpt la jgk hasil nyer...hari ni menyambung lg koje.. blk BP weekend ni kne submit dah..inilah sebahagian dr hasil nya..mmg tak pro lg ^_^


edit gune Photo Editor & Picasa.



.: ada yg tak senang hati bila tgk kita senang :.


selalu kan..ade je org yg cemburu bila tgk kita ni berjaya,senang,bahagia..inilah mentaliti segelentir org2 yang mempunyai pemikiran yang kolot..kolot kerana sesuatu hal. suke membangkitkan kemarahan seseorang.mungkit seseorang tu menulis sedemikian bukan bermaksud utk mengguriskan hati org.tetapi dek kerana akal yg pendek.maka terjadilah pembacaan yang kurang disenangi oleh si pembaca..terutamanya sy.lebih-lebih lagi org yg menulis tu melibatkan org yg agak dkt dgn kita..jd sebagai penyelesaian,sy mengambil langkah +ve dengan tidak memikirkan sgt perkara2 yg remeh ini..itu semua sy anggap sebagai SAMPAH!!.sampah yg patut ditempatkan di tempat pembuangan sampah..jd begitulah sinonim nya... yeah!! Hidup perlu CERIA!!

What About Now OFFICIAL video


credited to westlife's channel
lagu yg sama di bawakan oleh Daughtry

.: Saya Boring. Bosan :.




rite now rase sgt2 bosan...bosan gileeer..

.: Pemarah & Bersabar :.


Hanya seorang yang pemarah yang boleh betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak boleh merasa marah tidak boleh disebut penyabar, karana dia hanya tidak boleh marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahwa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, karena kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.
~ Mario Teguh

p/s: tgh2 down ni..kne cr kata2 motivasi utk diri sndri

.: Lontong Johor :.




kuah lodeh

emm..menu ni dah lama dah buat tp br skrg teringat nk update. Lontong Johor ni biasanya kat Johor la femes..kalau dlu time keje kat Pt.Raja,Jhr..lg masyuk bila pekena Lontong Darat Pt.Raja..mmg once a week mesti pi sane dgn opismate.Lontong Darat ni lain skit..mcm2 lauk ade(ada rendang paru,ada sotong,ada ayam goreng..emm.mcm2 la.pilih n bayar je) ..mmg sgt2 best..nk rase pi la cr kat Pt.Raja ye..

ok utk menu sy buat ni adalah Lontong Johor bersama Kuah lodeh dan jg sambal kacang. time2 raya mmg benda wajib ni..cuma utk nasi empit tu,time raya buat drpt ketupat (*rindu nk mengayam ketupat..).time raya jgk ibu slalu buat ayam masak kurma' (sbb itu feveret ayah sy)

cuma bg resepi ni,sy buat ayam masak rendang. ok..ni bahan2 utk kuah lodeh dan jg sambal kacang.

bahan nk buat lodeh

kuah lodeh:

sayur: ikut kegemaran. tp kebiasaan ~
-kacang panjang
-kubis
-karot
-sengkuang
-*soohoon
-*tahu kering
*rendam dahulu (5-10 min) sblm masak
-2 ulas bawang merah (tp sy gune bawang besar merah)
-3 ulas bawang putih
-udang kering/ikan bilis (tp udang kering lg sedap)
-halia stgh inci
-santan (kalau nk buat setakat 1 periuk mcm dlm gambar tu..cukup 1 kotak kecik santan segera)
- 1 sudu teh serbuk kunyit (utk jdkan kuah lodeh warna kuning)

Cara:
1. Tumbuk bawang,bawang putih,halia dgn udang
2. bile dh agak2 lumat,panaskan minyak,dan tumis hingga naik bau.
3. bubuh air 1 mangkuk dulu.
4. tunggu agak panas skit,baru masukkan santan
5. bile dh masukkan santan tu,pastikan selalu kacau santan smpai pecah minyak.
6. masukkan sayur.
7.bile dh agak layu,masukkan serbuk kunyit.
8. masukkan bahan2 perisa..garam
9. cuba rase dulu
10.kalau dh agak2 sedap,baru masukkan soo hoon + tahu kering

utk kuah kacang pulak
bahan2:

*10 tangkai cili kering
*1 bawang merak besar
*3 ulas bawang putih
*halia skit
-*lengkuas skit
*serai setangkai
*sedikit belacan
*blander semua bahan di atas(nak mudah,gune lada boh yg dh siap di blander tu,then campur bhn2 yg tertinggal tu .*yg di buat sendiri bukan yg beli kat pasaran )
gula,garam
kacang tumbuk
1 mangkuk air

Cara.

1. bila dh blander semua bahan, tumis dlm periuk. tumis lama skit dan jaga api . pastikan lada benar2 masak.
2. bile dah agak2 masak tu,masukkan gula,garam
3.kacau sebati
4. masukkan air sedikit
5.gaul dan last skali masukkan kacang tumbuk.
6. gaul rata dan cuba rasa..
7.utk kuah kacang ni..sedap bile ade rase pedas+manis2 sikit.

~selamat mencuba -_^

.: asam pedas ikan pari :.


ok.puan2 dan tuan2..menu masakan ptg ni adalah masakan dr Johor yee..menu asam pedas ikan pari.

Bahan-bahan:
lada boh (yg ni dah siap skali ade bawang merah+bwg putih+kunyit+halia+belacan skit)
lada hitam (yg ni petua dr ibu sy..tumbuk lada hitam skit.br masyuk!!)
asam jawa sejemput
daun kesum/daun limau purut/bunga kantan
gula
garam

Cara-cara
-panaskan minyak dlm periuk
-bila panas minyk,masukkan lada boh+lada hitam tu..tumis agak2 5 minit..smpai cili tu masak..sbb kalau tak masak pijar tekak nanti bila mkn..
-tunggu agak2 dah masak tu,masukkan asam jawa yg di bancuh dgn air..
-then msukkan ikan.(nk gune ikan merah ,ikan kembung pon leh..ikut suke)
-last.masukkan 1sdt garam dan 3 sdt gula..
-oh..lupe plak,masukkan daun kesum@daun limau purut@bunga kantan
-last skali.utk tmbahan,leh masukkan tomato.

~ok.. selamat mencuba


.: Ku Mahu :.


ahaks..tajuk tak tahan gitu..entah la kan..bgn pg2 ni trus kata pd en.suami..'hubby,umah kt ni mcm kosong je..' tu yg kata pd en.suami..next week kt blk BP kt singgah Nilai 3 nak tak? sbb nk cr pemidang..fungsi pemidang ni adalah utk mengasigkan antara ruang dlm umah..yelah nk bubuh dinding takleh sbb ni umah sewa kan..tu yg dr pg td duk meng'google' mencari cara yg sesuai untuk menata rias ruang tamu ni..taknk kasi kosong..yelah sbb dah duk umah tiap2 ari ni mengadap benda yg same..rase busan pon ade kan..sbb pn.isteri ni suke bertukar environment..mcm rase br fresh blk..dlu zaman anak dara slalu jgk laa umah ibu ku menjadi mangsa..hahaa..duk ubah2 mcm2..sj2 je..yelah umah ibu nk ubah2 syok skit sbb byk perabot..umah kami ni kosong lg..tu yg duk cr solution mcmne... n plan nk cr pemidang buluh..cuma search harga mcm tak jmpe je..nk tau jgk pemidang buluh tu biasanya brapa harga..so tu yg decide nk singgah Nilai 3...ade sape2 tau agak2 brapa harga pemidang buluh tu kat pasaran ye...

.: Resepi Kuih Muih :.


ting..kat dapur ada tepung beras..byk lagi..tu yg duk search web n jmpe blog ni ..kuih muih yg menggunakan kuih karas.byk2 kuih..kuih karas ni mmg ringkas..nk try buat cdgnya..ptg2 ni kan..mmg syok buat minum ptg.

.: usia 4 minggu :.


Alhamdulilah..berhasil jugak akhirnya...penantian selama 4 minggu br nmpak hasilnya..haaa..agak2 korang ape yg aku nantikan yek?? anak? itu mmg sentiasa pn.isteri & en.suami nanti kan..tp yg ni lain..

haa..ingat lg tak prev entry ade pn.isteri cerita pasal aktiviti menanam pokok cili ??..masa awl2 bulan aritu..alhmdulillah skrg br la nmpak hasil nya..br tumbuh pucuk..best upenya bile main tanam-tanam ni..asal lps subuh je..cpt2 bukak pintu dapur sbb nak tgk ,renung n segala bagai nak curahkan kat pucuk pokok cili tu..hehe..best2..en.suami pon happy...inilah hasilnya..

tp untuk pokok serai tak berhasil pulak..haha..agaknya tanah or tmpat tak sesuai kot..hehe..


.: Bendi goreng berlada :.




ok..resepi ni pulak dr mak mertua ku..en.suami yg teringin nk mkn resepi ni..en.suami yg tlg call kan mak mertua dan terus minta pn.isteri sediakan..ok muchuk.harap2 ape yg diinginkan rasenyer same ye..hehe..ok ni bahan2 dan cara nk sediakan resepi ni

Bahan-bahan:

sayo bendi
*bawang besar seulas
*bawang putih 2 ulas
*sedikit belacan
ikan bilis
asam jawa sedikit (dlm seketul asam jawa dh ok)
lada boh
sedikit garam

cara

1. bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk halus.
2. tumis bahan yg ditumbuh td..bila naik bau,masukkan lada boh.tumis hingga separa garing.
3. masuukan asam jawa dan tmbhkan sedikit air.nk sedap bubuh air dr lesung tu..lg sedap
4.msukkan garam (dlm ujung2 sudu je.jgn lbh sgt sbb ikan bilis n belacan tu dh masin)
5.msukkan bendi.tunggu agak2 dh separa kering..sedia utk dihidangkan...
6. siap -_^

~selamat mencuba~

.: Rendang Ayam Bodo :.




menu ptg ni adalah rendang ayam. resepi dr ibu ku tersayang.ibu ku menggelarkan 'rendang ayam bodo'~ maksudnya rendang ayam simple2 je.mudah.tak gune kerisik

Bahan-Bahan:

5 ketul ayam (peha,kepak dsb ~ ikut kesukaan)
*1 ulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 cm halia
*1 cm kunyit hidup
*sedikt lengkuas
*sebatang serai
*sedikit jintan
*2/3 sudu ketumbar
*10 tangkai lada kering (kalau dh ada lada boh siap tu,gune je)
serbuk kari daging (2 sudu)
daun kunyit (dihiris halus)
1 cwn santan (santan segera)
garam,gula

Cara:
1.semua bahan yg (*) hendaklah di blander dulu.
2.bila siap,tumiskan dlm kuali smpai naik bau.
3.masukkan skali lada boh if yg dh ada dan serbuk kari (yg ni sy suke2 tmbh..sbb nk kasi pedas skit)
4.masukkan ayam dan santan.
5. masuukan 1 sdt garam dan 3 sdt gula.
6.pastikan api tidak terlalu kuat.gune api yg sederhana dan biarkan sehinnga kering
7. bila dh 3/4 kering,masukkan hirisan daun kunyit. kalau takde gune daun limau purut pon boleh.
8.Gaul rata,dah siap dan hidangkan.

p/s: utk resepi di atas ni,sy tak gune kerisik krn ni adalah rendang ayam yg simple.kerisik tu utk memekatkan rendang je..

tips: utk ayam tu kalau nk tahan lama,goreng dulu.tp sy tak goreng sbb skali mkn trus abiskan lauk..hehe.takde nk simpan2

bila dah siap sgt sesuai dihidangkan dgn nasi putih panas..nyum.nyum.

3 Jam bermandi-manda



fuh !! sungguh seronok hari ni..bgn subuh 6.30..prepare bee hoon goreng.and en.suami mmg dh plan nk mandi di sg.chepor..dlm jam 8 br gerak.sbb en.suami lena berbaki lg,tu yg lmbat gerak..hahha..so pn.isteri la yg duk tertonggeng2 kat dapur siapkan bekalan.

ok..perjalanan hnya mengambil masa dlm 30 minit.so dlm 8.30 pg dh smpi ke sg.chepor..fuh..cuaca sungguh aman dan nyaman.mcm biasa kami mmg dh booked pondok no.30. smpai je..as pn.isteri kenelah setting tempat..sediakan bekalan,hidangkan..manakala en.suami duk mencari joran kayu dier dlu..haha..sib baik ade lg.

ok..bila dh ready semua tu..bgtau suami yg semua dh ready n ktorng pon bfast laaa dulu..mmg syok sgt2..nyaman bangat!!!..selesai je mkn,en.suami ajak mandi la..pn.isteri ikut je...

Mak aiiii!!! sejuk yg amat2 air sungai ni..menggigil bagai..takde org ramai lg yg dtg. sikit demi sedikit meneggelamkan bdn..akhirnya..dah basah dan kesejukan..apa lg..duk buat kuak lentang..buat tenggelam timbul,pastu duk lumba lawan arus..ni kalau org lain tgk sure pikir apa kehal la laki bini ni buat..mmg mcm kanak2 ribena ktorg ni..haha..ikut suke aku la ook.dah HALAL.

dr pkl 9.30 smpai ke 12.30 duk main air..mmg seronok n puas hati..best!!! skrg ni pulak bdn sengal2 sbb byk sgt langgar batu..haha





try using Picasa


Posted by Picasa

Perlu.Must.


br je tgk-tgk blk gambar2 lama dlm blog ku ini..dulu nmpak kecik je muke..skrg ni?? alamak.dh kembang dh muka ni..kene kurus..kene kurus..siapa2 leh tolong? kasi tips?

alamak.


pagi td bgn 6.10 pg.trus mandi dan solat..lps solat siapkan bfast utk suami ku. tp sempat buat jemput-jemput ikan bilis je dgn milo panas.dh kelam kabut tu..skali bancuh jemput-jemput2 tu terlebih air pulak..haha..jdnyer,cair la skit jemput2 tu. dlm pkl 7.15 mcm tu dah ready utk mkn..cecah dgn asam pedas yg dh di panaskan (hehe...lauk smlm). ajak suami mkn.alhmdulillah suami ku trus je mkn..tp dier tak bp sgt nk cecah dgn kuah asam pedas tu.dier amik sos cili tmbh dgn lada sulah..*agaknye tak masyuk kat tekak dier kot...nyum..nyum..nyum..smbil sembang2..skali trus abis apa yg ku sediakan tu..hehe wlupon jemput2 tercair..habis jgk upenyer ..takdelah membazir...alhmdulillah

ok..tghari ni plan nk buat mee hoon sup utara..ayam dah dikeluarkan dah..tghari nanti la br update ek..


mulakan hari kita dgn senyuman..yeah..!!!

.: Durian :.


sangat teringin nak makan durian..
-

-


-

-

-


-

-


-


-

-



source : google

mari main masak-masak


walluuu..br je lps main masak-masak kat dapur..ni gara-gara kecuh betol tgk serina ~ pengacara JJCM tu dok makan..adoii..mmg terliur habis. tu yg lps je abis rancangan tu..trus je pi dapur duk main masak-masak..lalu terjadi lah menu nasi tomato + sup ayam + ayam masak merah..

lps ni dah leh dh nk makan..huhu


.: Nasi tomato :.


.: ayam masak merah :.


.: sup ayam :.

63 Petua Kebahagiaan Rumahtangga


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


* semua tip2 yg diberikan kebanyakan nya kami laksanakan dlm hubungan berumahtangga.. yg paling kerap adalah tip ke 40..sentiasa ucapkan kata-kata sayang,kata rindu pd suami tercinta..begitu jgk dr suami ku..begitu jg bagi tip ke 41. bergurau senda antara suami isteri tu penting krn dpt menceriakan lg suasana.utk tips 52 tu..en.suami slalu pesan jgn jauh smpai 3 mlm..tp mmg ade dgr pendapat pakar motivasi,jgn tinggalkan isteri @ suami smpai 3 mlm.

Happy 6 months already


Alhamdulillah..weekend ni dpt berjalan-jalan dgn suami tercinta..dh lama rasenya tak dpt kuar berpoya-poya..hehe..mari bercerita ye..smlm (sabtu 19 Jun 2010) berjalan ke Teluk Batik.bermandi-manda.en.suami sblm sampai ke destinasi sudah plan nak naik banana bot.so,1st thing 1st bila kami smpai adalah set up tmpt berehat dahulu. kami sewa 'kerusi rehat' dulu..pilih port yg redup serta membolehkan mata melihat pd keindahan Teluk Batik.. sesudah itu, en.suami tercinta trus mencari PIC for the banana boat. oh ya..bayaran utk aktiviti tersbt adalah RM5 per-person. 1st time ni naik banana boat. memula tu agak gerun la jgk. sbb di bawa nya kt smpai ke tgh laut.oh ya.jaket keselamatan disediakan.jd wajib pakai.bg kami yg bercermin mata ni.kne tanggalkan cermin mata.mmg menyeronokkan.smpai 3 round jgk la dibawanya. but finally masa last round tu mmg bot buat corner baring,lalu kami pon terjelepuk ke dlm air.fuhyooo!! time tu mmg lah segala air garam terus terjah ke dlm hidup,telinga dan mata..adoi..pedih yg amat. tp mmg sgt2 menyeronokkan!!!


.:bekalan yg di bawa:.


.: port yg menarik :.


.: haa..itulah banana boat :.

lps dh dpt naik banana boat tu.barulah kami duk berendam mandi air laut.mmg puas hati. dlm 2 jam jgk la bermain air dgn suami tercinta. dlm 2.30 br naik ke darat. dan bersiap sedia utk balik.


.: kami saling cinta :.


.: Teluk Batik Best :.

ending cerita bermandi-manda. belah mlm pulak berjln-jln ke bandar Ipoh dan menikmati Burger KIng



.: En.suami yg teringin nk mkn 'Burger King':.

Cerita hari ini (20 Jun 2010)

tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke 6 bulan. yang menarik nya hari ini, en.suami 1st time dukung baby.kejadian tu berlaku di majlis perkahwinan opismate suami ku. sgt2 seronok rupanya pengalaman mendukung baby. sempat jgk kami mendukung baby tu..semoga cpt la melekat rezeki kami dpt anak.amin...


.: yang di rai~ thib dan intan :.


.: mari mkn nasi minyak :.


.: semoga dpt berkat :.

kiriman dari suami ku...



Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tid
ak dapat menahannya lagi…

Jika kau meme
gang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal be
rsamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan k
embali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis denga
n mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lem
ah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangi
mu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

p/s: tapi..hubby tak pernah sekali pun lupakan huney..I love u hubby..miss u so much