Air terjun Bekok
Salam semuanya..walaupon aktiviti nie aku wat last week (saturday)..baru skrg ku mau update..baru ade masa..
coz b4 nie duk kemas2 barang nk masuk belajar blk..hahhaa
yes!! last saturday aku n opismate yg lain telah wat trip picnic ke air terjun bekok..mmg syok abis..siap BBQ lg..best jgk sesekali wat aktiviti ini..lgpon diong nk abiskan masa ngn aku yg nk berenti keje..hehhee..
apa-apa pon mmg best DAPAT PI NGN GENG-GENG K-UTECH!!
ALAMAK!! pic lak takde dlm pendrive nie..takpe2 next time aku upload nie..mmg mcm2 pose ktonrg wat..best..
Last Day!!
Salam semuanya...
Alhamdulillah akhirnya smpai jugak harinya...
Hari ini last day aku keje as R.A kat K-Utech Sdn.Bhd.
Hari ni kene pack2 brg2 peribadi aku supaya takde apa yg tinggal kat opis nie..ikutkan rekod aku laa paling lama bertahan dlm projek nie..alhmdulillah..projek ni pon dh nk siap
Sepanjang one n half year aku terlibat dlm projek nie..sgt2 byk pengalaman yg aku dpt...
Dlm tempoh tu jgk..aku tau erti strees keje...tapi strees tu akan terubat bila problem dpt di selesaikan..contohnyer mcm keje2 aku ni byk libatkan development..libatkan coding..mmg strees kalau tak dpt selesaikan..tapi aku cuba..cuba n cuba serta usaha cr penyelesaiannya..kerana AKU YAKIN SETIAP MASALAH TU PASTI ADE JLN PENYELESAIAN..
jadi bila aku dapat jawapan kpd penyelesaian tu..MMG HARI KERJA AKU SGT2 BERSINAR2..bangga jgk sbb dpt selesaiakn masalah...
Mmg dlm tempoh kerja ni byk mengajar aku..
Utk tempoh setahun akan dtg,mgkin aku akn ke bidang pendidikan...
Bidang yg sgt2 aku inginkan..
Cuma aku berharap dlm tempoh setahun pembelajaran di UPSI,semuanya berjln lancar...
kawan-kawan,doakan saya berjaya ya..
Finally,aku secara terbuka memohon maaf kepada kalian semua sekiranya aku ada terkasar bahasa,terlebih bergurau,ter'smallkan heart' kalian semua..
Mohon maaf ..(*dh mcm raya lak :D)
~Sekian~
.:Peace:.
pasti ku merindui...
But nasib baik ade insan-insan yg ehsan pd ku..huhu..
Before we end..below adalah pic-pic ku ngn adik ku..masa jln2 sedut aircon free kat BPMall..badan panas sbb last saturday mkn durian mayak sgt..:D
.:Ready to Poco-Poco:.
ALHAMDULILLAH......AKU DAPAT DPLI!!!
alhmdulillah..penantian ku membuahkan hasil..aku berjaya pd temuduga DPLI yg lalu dn ditawarkan belajar di UPSI..misi utama ku adalah untuk menjadi pendidik!!
kegembiraan ku berganda kerana kawan baik ku MAHANIM juga berjaya DPLI. cuma dier di tempatkan di UKM,insyaallah...
terima kasih pada ibu bapa ku,tunang ku,bakal keluarga mertua ku kerana mendoakan untuk ku...syukur sgt2...
Kalau berkalau...
12 tgh arini semuanya akan terjawab.Keputusan TEMUDUGA DPLI AMBILAN JULAI 2009.
tp aku taknk semak keputusan tu..aku mintk ayah yg semak kan..sbb aku tak yakin nk wat semakan sndiri..
kalau laa dapat..
kalau laa dapat,terus aku sujud syukur pd Ilahi...bersyukur sgt2...
terus aku wat surat notis berenti keje..esok serahkan pd bos.
terus aku siapkn keje2 ku yg berbaki,sbb taknak bebankan pd ahli2 team yg tertinggal...
Tapi...
Kalau laa tak dapat,aku teruskan kerja nie...
Kene ingat apa yg Allah dh tentukan utk aku,itulah yg terbaik...
Aku truskan usaha untuk interview PTM SPA pulak pd 23hb nie..kene usaha lg. Nak tau takat mana aku mampu dlm interview tu..sbb kegagalan sebelomnyer mampu membangkitkan semangat aku lagi...
Seterusnya aku redha dengan keputusan yg telah ditentukan...
mood skrg: nervous+muke tak keruan
Step of poco-poco dance
emm..seteleh mencari..aku rase Video nie agak unik sbb "mat salleh" pon join this class..
Here I upload utk tatapan semua..enjoy it!
Ingat.1 jam wat tarian nie leh terbakar hingga 300 kalori tau!!! waaaaaaaaaaa
Peace!!!
Kelebihan Tarian Poco-poco
emm..td try cari maklumat ape keberkesanan nyer tarian nie..so aku dh jmpe maklumat yg berkaitan...
Marilah sama-sama kita baca ..
Tarian dari Sulawesi Utara digemari semua peringkat masyarakat
POCO-POCO yang kini menjadi kegilaan rakyat di negara ini membuktikan senaman tarian mendapat tempat di hati masyarakat. Tarian yang asalnya tarian tradisi masyarakat Yospan di daerah Papua dan Wayase di daerah Ambun, Indonesia, kini divariasikan menjadi tarian senaman menghiburkan.
Malah, tarian poco-poco atau maksud lainnya adalah tarian beramai-ramai ini menjadi wadah senaman yang dipertandingkan di kebanyakan agensi kerajaan dan swasta. Bukan saja golongan berusia malah murid tahun satu juga sudah ligat menggelek ala poco-poco.
Hakikatnya, nama poco-poco itu diilhamkan seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette, ia bermula apabila beliau menghadiri satu majlis keraian di sebuah daerah berdekatan kampungnya, pada majlis itu beliau melihat seorang gadis gempal menari sejenis tarian dengan bertenaga dan lincah.
Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu terus kekal dinamakan poco-poco sehingga ke hari ini.
Arie juga menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah lagunya yang turut dinamakan poco-poco sejurus beliau berhijrah ke Jakarta pada 1995, lagu poco-poco popular di seluruh Indonesia dan dinyanyikan semula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul.
Pensyarah Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Mustapha Syed Yasin berkata, poco-poco bukan sekadar tarian biasa ia memiliki aura dan kekuatan tersendiri. Tarian yang berasal dari daerah kecil di Ambon di Sulawesi Utara, Indonesia, ini digemari semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia, tambahan pula gerakan tarian ini mudah dipelajari dan menghiburkan.
“Menariknya tarian ini mendapat sambutan menggalakkan malah, pertandingan tarian poco-poco juga diadakan dan menjadi sebahagian pendekatan gaya hidup sihat di agensi kerajaan serta mendapat tempat terutama ketika majlis keraian.
Gerakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, walaupun badan tegak bagaikan tiang lampu, jangan khuatir kerana langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing.
“Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal,” katanya.
Selain zapin, tarian poco-poco juga menjadi alat bantu kecergasan yang popular di kalangan rakyat di negara ini gerakan yang dilakukan mengikut alunan muzik ala reggae yang tidak terlalu rancak dan sentimental bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia terutama Melayu.
“Masyarakat kita masih malu melakukan tarian moden, tambahan pula yang berumur. Disebabkan itu tarian poco-poco, zapin dan joget lebih sesuai dijadikan tarian senaman kerana sifatnya lebih mesra rakyat.
“Justeru, tidak hairanlah tarian poco-poco diminati golongan berumur kerana ia lebih tradisional dan sifatnya ala joget namun lebih bertenaga. Kalau sebut salsa, tango dan balle pastinya makcik dan pakcik di rumah geleng kepala tapi apabila sebut poco-poco saya yakin senyum mereka lebih lebar itulah aura poco-poco,” katanya.
Selain poco-poco Syed Mustapha berkata, tarian perut atau lebih dikenali tarian gelek juga semakin popular di barat terutama Amerika Syarikat. Tarian gelek yang popular di negara Timur Tengah itu, kini menjadi satu perkhidmatan yang di tawarkan di beberapa pusat kecantikan dan gimnasium di Eropah.
“Tarian gelek berkesan dalam membantu menguatkan otot serta mendisiplinkan diri mengatur langkah dengan baik. Tarian ini menjadi asas senaman untuk kardiovaskular serta menjadikan tubuh bersifat mudah lentur,” katanya.
Mereka yang mengamalkan tarian gelek menggunakan banyak gerakan otot dalam badan baik untuk melancarkan pengaliran darah.
“Terdapat beberapa gerakan dalam tarian ini, ia sama ada dilakukan serentak atau berturutan. Langkah gerakan tarian gelek seperti, putaran pinggul, gaya ular, gerakan kepala dan goncangan sekitar abdomen.
“Alunan abdomen adalah asas tarian gelek. Putaran pada pinggul dilakukan secara berulang, tarian ini membantu membentuk pinggang menawan dan pinggul berotot. Malah, pakar percaya tarian gelek berkesan mengurangkan risiko osteoporosis,” katanya.
Beliau berkata, tarian itu baik untuk wanita bagi mengurangkan risiko sakit sendi terutama di bahagian lutut, tulang kering dan kaki. dengan melakukan gerakan gelek berulang-ulang ia meningkatkan pernafasan dan melancarkan degupan jantung.
“Malah, kajian membuktikan dengan melakukan tarian gelek ia mampu membakar, 300 kalori jika dilakukan selama satu jam.
“Selain itu, tarian ini mampu mengurangkan kadar stress kerana kebiasaannya apabila seseorang tertekan otot bahu, kepala, leher akan berasa tidak selesa. Dengan melakukan tarian gelek, regangan pada bahagian tadi diurut perlahan-lahan dan ia menjadi terapi yang baik,” katanya.
FAKTA
Keistimewaan tarian
Aktiviti berkaitan kelenturan otot (flexibility)
Kebolehan menggerakkan sendi dan menggunakan otot pada tahap sepatutnya. Meregangkan otot dikira sebagai flexibility. Tarian jenis ini boleh meningkatkan pengaliran darah.
Apabila tubuh lebih lentur (flexible), anda akan lebih mudah bergerak seperti mengikat tali kasut, mencapai barang di tempat tinggi dan anda memiliki tahap keseimbangan yang lebih baik.
Tarian mampu meregangkan otot. Cuba lakukan regangan 10 ke 12 minit sehari selepas aktiviti memanaskan badan yang ringkas.
Baik untuk kardiovaskular
Dengan mengamalkan tarian yang terpilih tubuh berupaya menggunakan oksigen secara efektif tetapi bergantung pada keadaan jantung, paru-paru dan otot.
Aktiviti kecergasan jenis ini meningkatkan jumlah oksigen yang dihantar ke otot yang mana membenarkan otot bekerja lebih lama. Aktiviti berjalan dalam tarian adalah sebahagian senaman
Mengurangkan risiko diebetes, beberapa jenis barah, serangan jantung, nafas pendek, tekanan darah tinggi, kegemukan, tahap kolestrol, tekanan perasaan.
Aktiviti kecergasan otot
Tarian senaman mampu melatih otot supaya lebih bertenaga dan berguna untuk aktiviti mengangkat barangan berat atau menguatkan otot supaya ia lebih lentur.
Kekuatan otot membuatkan anda berupaya mendukung anak, mengangkat barangan yang dibeli dari kedai tanpa rasa letih. Memiliki otot yang kuat melindungi sendi.
Poco-poco
Salam semuanya...
Alhmdulillah keje ku dh tak brapa nk bertimbun dah skrg..so smlm n arini aku ade masa untuk meng 'update' kan blog kesayangan ku ini.
Cuma task seterusnya adalah tunggu VO untuk di masukkan dlm .swf
So tunguuuuuuuuuuuuuuu ajelah sbb tu luar dr task aku.
Ok untuk pagi ni misi aku nk search kat YouTube,senaman poco-poco.(*curi masa sat..:D)
Sbb aku nk wat excersice tu. Almaklumlaa Drumstick ku dah gebu gaban.. hahhaa
Mmg itu menjadi misi ku skrg...
Bkn sbb nk kurus tp aku nk kurangkan berat badan nie..makan ok aku kawal..tp lemak still jgk nk lekat2 kat drumstick nie.
Ok...nanti bler berjaya ku jmpe VC tu..akan ku update kan di blog ku ini yek..mana tau ade jugak yg berminat kan..
*Sharing is caring*
Peace!!!!
Penantian
Salam semuanya...
minggu ini adalah satu penantian yang menggerunkan bagi ku..
Kerana apa?
Keranaaaaaaaaa..keputusan DPLI akan diwartakan pd 19 Jun 2009 ini.
Sesungguhnya mmg aku berharapkan kejayaan pd temuduga yg lalu.
Cuma jika betol rezeki berpihak pada ku..Alhamdulillah serta aku bersyukur sungguh.
Jika bkn rezeki ku..mgkin akan ade rezeki lain yang menanti ku.*itulah yang selalu dipesan oleh tunang ku
Aku perlu bersedia untuk temuduga PTM pd 23hb nanti. Apa-apa kerja pon perlukan usaha,kerana kejayaan kepada sesuatu kerja itu tidak dtg bergolek.
Chayok..chayok Nurul Adzura!!
SEharian mereka teman kan ku..
Petang ku..
br je pas tmnkan my daddy minum kat So Fresh..td berebut-rebut nk bayar..but finally..my daddy mengalah..hehehe... ktorng minum fresh oren + rojak buah je.
smbil-sambil my daddy berckp tu..rojak buah tlh sedikit-sedikit di habiskan oleh ku..hehe :D
...
..
.
okeh..mau balik dah..daaa~
yang ku suka...
Selamat pagi semuanya... pagi ini before memulakan kerja-kerja yg banyak nk cuci mata mempamerkan wajah kanak-kanak yg cute iaitu safi vs irfan anak kpd abg GG n kak shima (saudara ku).
ikutilah kisah mereka ...
izz rafika safi..bakal model kot..huwaha..pantang suh bergambo
kemesraan terserlah antara mereka.* ayat skema ku
sesi mengshow off jam otoman baru..adoi hai..budak-budak
bersama Cinta Hati ku..30-31 Mei 09
salam..rite now (SUNDAY) aku kat CC..tmnkan tunangku..mohd.shahir war cabal..tau sgt..mesti dier dh gian bebeno laa tu nak berCabaL..ahaks..aku sblh dier je nie..
rehat time:so aku layankan tag yg ku dpt
receive a tag from my opismate..miss aida
Jom kita Layankan tag-tag itu
1. Do you think you are hot?
aku tak Hot kot..tapi cool..(ada mc tagline radio tak??)
2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do you like that picture?
suke sbb aku berjaya edit ikut tutorial..ahaks..n pose pon ok..capture by miss aida.credit to u ai
4) When was the last time you ate pizza?
Pizza Hut lama dh tak mkn..tp pizza wat sndri mcm 2 bln lps kot..pizza tempel2 je xD
5) The last song you listened to?
apa ek lagu kat radio td??layan Sinar!!
6) What are you doing right now besides this?
tgh pikir nk jwb soalan no 6 nie..
7) What name would you prefer besides yours?
arezu,zuzu *mcm best
8) People To Tag :
i. areTie
ii.Pari² Syurga
iii.Nor Hidayah
iv. Wiwit
v. sape aje
9) Who is number one?
adik kpd opismate ku
10) Number three is having a relationship with?
taktau..
11) Say something about number five?
no one
12) How about number four?
aku suke baca blog dier
13) Who is number two?
Tunangan org..
wokeh..abis sudah..Sekian.
Alhamdulillah
situasi sebelum interview
Alhamdulillah..interview semalam berjalan lancar..cuma awl2 je tak lancar sbb aku leh lak terjatoh...adoi..sakit punggung dtg koje arini...

lawak tahap bintang 9 sbb aku terjatuh..sib baik best frend aku dtg cover2 skit..hahaha..tp yg pasti aku tetap ketawa pas aku bgn tu..
situasi dlm bilik interview
i'm the 1st candidate for the interview session..*gerun laa jgk..yelaa..yg pertama kene interview..memula masuk tu..mmg jantung tu dah mcm ombak thunami..tp..aku selawat byk2..
panel pon cool..mintak memulakan majlis dgn bacaan ulmulKitab..
mcm-mcm jgk yg kene tanya..antara yg ku ingat
1. Kenapa anda nk jadi guru
2. Apa relevennye opsyen yg dipilih dgn kelayakan anda
3. Siapa menteri pelajaran skrg
4. Beri 5 ciri-ciri guru(dlm BI)...
yg nie aku di minta utk write dkt whiteboard..n kene pulak explain..mgkin task nie panel nk tgk kredibiliti n aura mengajar tu ade ke tak..aku pon hentam saja laaa..padahal tgn menggigil2 jgk..alhamdulillah leh jgk overcome cabaran tu..
5. Apa itu virus H1N1
6. Opsyen yg aku mintak nie ade ditawarkan kat mana
7. last ques panel tnye: Beri sbb mengapa pihak kami perlu mengambil anda untuk di jadikan bakal guru.
haa..bertmbahan..sanggupkah anda dihantar mengajar di luar kwsan..
yg nie mmg aku jwb ye ..sbb soalan nie biasanya panel nak provok je..aku lak jwb laa..sy sanggup untuk dihantar ke mana shj untuk mendidik n memimpin pelajar-pelajar di kwsan pedalaman krn mereka jgk perlu diberi peluang untuk menerima ilmu seperti mana pelajar-pelajar di bandar..
(*mmg manis gler kan ayat aku. aku hafal smua tu..hahaha)
Setakat soalan-soalan yg diberi,alhmdulillah smua nya berjaya ku jwb.
selesai interview...aku berserah pada keputusan panel dan juga rezeki yg Allah tentukan..moga-moga aku temui kejayaan.aminnn...
nota:weekend nie leh enjoy..yuhuuuu!!!
Tawakal
persiapan alhmdulillah..
cuma sekarang nie aku bertawakal n berdoa supaya tidak di provok sgt2 pada hari esok..
Ya Allah Ya Tuhan ku...kau tolongLah HambaMu ini..semoga semuanya berjala lancaR...aminnn..
nak berjaya kene usaha!!!
Mari menjahit
yuhuuuuuu!!!
nielah 1st time aku dpt update blog aku kat umah..emm..sbb cuti lama.so dpt laa aku menjahit manik n labuci kat baju aku..nie pon sbb nk pakai untuk ke kenduri kawen nanti..
tak sabarnyer!! ujng bln nie pi perak..pi kenduri kawen best frends my ucuk a.k.a bakal hubby...ujung week nie lak..bakal hubby ku dpt.yeye..!!
haa..smlm jln2 laa ke parkson @SquareOneMall..mmg giler2 nyer cuci mata. baju2 mmg lawa2 n cantik2..kemeja2 laki2 pon lawa2..tak sabar mau bwk my ucuk ke sane.nanti leh la carikan kemeja yg sama warna ngn baju kurung aku nanti.so warna sepasang..
oh ya!! aku menjahit labuci n manik nie pon aku refer kat internet. dpt laa beljar n generate idea skit2...dh ade aktiviti nie takdelah aku bosan duk umah..hehe
aku refer kat blog nie



.jpg)




